Friday, June 17, 2011

Sains di bilik meeting

Tempat kejadian : Bilik Harmoni
Masa : 2.40-4.50 petang
Aktiviti : menadah telinga sempena LADAP

refleksi : awal meeting, semua menumpukan perhatian. Tak sampai 5 minit sudah ada yang tak sanggup nak dengar.10 minit, zzZZZzz (termasuk tuan punya taip-an). 30 minit...... ermm...

Tindakan : Makan gula-gula, boraks, conteng-monteng.

Alasan : penat@letih, "depa mcm bincang antara depa sendiri je" , sound system KO maa...


Aku macam biasa... of course tergolong dalam kategori 10 minit kat atas... mmg letih. Kelas banyak, meja kat tingkat 2 so kalau kelas banyak, banyak le turun naiknya (tp makin kembang T-T )... Buka mata, selak helaian yang diberi. Tuup mata smula.... buka mate, selak kertas, buka mata selak kertas... haiyaaa...

Untuk elak buat benda tu lagi... maka penuh la buku catatan meeting dengan contengan berilmiah...

_____________________

Gambar menunjukkan struktur sel tumbuhan ( Sains Form 1)

Sel ada 2 jenis : tumbuhan dan haiwan.
Sel tumbuhan berbeza dengan sel haiwan. Selain perbezaan dari segi ejaan nama dan sebutan, sel tumbuhan mempunyai Vacoule (betul ke spelling ni???), dinding sell dan kloroplast.... manakala sel haiwan tiada.



Kromosom

Kromosom diperbuat daripada DNA. DNA atau nama panjangnya Deoxyribonuleic Acid mengandungi kod-kod genetik bagi semua organisma.

klik untuk lebih

(Best belajar part ni)




Rangka

Rangka berfungsi sebagai penyokong tubuh badan dan mengekalkan bentuk organisma. Rangka juga berfungsi sebagai alat pelindung organ dalaman seperti otak yang dilindungi oleh tengkorak.


______________________

sambung cerita, setel LADAP terus bergegas pi print analisis form 1... sempat jugak siap print... Makan tengah hari jam 6.00 petang huhuu
cikgu..cikgu

P/S: jangan conteng merata-rata tempat...

No comments:

Post a Comment

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...