Friday, October 21, 2011

Induksi dan Si Psiko 2D


alhamdullillah
selesai kursus induksi di fraser hill. mmg mencabar perjalanan. bertolak 2 pagi dr rumah, jam 4.30 tunggu member di gambang,kuantan. stop di temerloh sekejap, then terus ke final destination. dalam jam 9.30 pagi melalui jalan yg kaya dengan selekoh sempit.

18hb 10 : selesai daftar, hantar tugasan individu terus ada slot 1. Struktur organisasi KPM. petang rehat. ,alam bincang tugasan kumpulan.

19hb : pagi sampai jam 7 ada 4 slot +rehat sekejap. penat duduk.huhu
slot 2 : peraturan dan perundangan sekolah
slot 3 : wawasan komuniti dan dasar pendidikan
slot 4 : akauntabiliti dan refleksi
slot 5 :emotional quotient

kesimpulan penceramah best-best belaka. jarang jugak rasa mengantuk...best3

malam perbentangan kumpulan. sorang2 cakap macam roket. nak cepat. boleh balik bilik cepat, boleh stady cepat sbb besoknye exam

20hb : exam start. kertas 1 no komen. kertas 2 jawab 4 soalan (2 soalan bahagian 1, 2 soalan bahagian 2).

tajuk2: nilai ketua organisasi dan cara elakkan sikap pilih kasih ketua, cuti haji, manual prosedur kerja + fail meja, mesyuarat... yg lain tak ingat


permandangan dari luar lobi

udara best. susah nak dapat kat bawah. tapi takde tempat nak berjalan. so no more picture!!

___________________________________________

so esoknya aku tak dapat cuti. sedey T_T
datang sekolah macam biasa. rupanya dah tukar jadual anjal. banyak pulak tu kelas. nak minum pun tak sempat sbb banyak hal kena setel

3 masa dengan kelas 2D. dorang ok je, tak bising tapi tak ada respon. terpekik terlolong aku dalam kelas. takde respon.. nasib baik setiap kali aku bagi salam, diorang jawab, termasuklah budak2 Cina....

tetiba, ternampak sorg budak lukis sesuatu atas lengan kiri die.. sambil beberapa orang kawan sekeliling dia tengok2... lama jugak aku perhati.. eh, ape tu... pen merah ke??

Woi! ekau toreh tangan ekau kenapa.... bagi pisau tu pada saya!!!




senjata berkenaan.


p/s : sedikit semangat masuk kelas. hari ni 2A dan 2D berkelakuan lebih baik daripada biasa. adakah sbb dah lama cikgunya tak masuk kelas...

No comments:

Post a Comment

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...