Saturday, October 29, 2011

Lalu berdiri bulu tengkukku...

tahun ni tahun aku explore jalan. setakat ni baru sampai area Skudai, Mentakab dan area-area berhampiran. tak lupa Bukit Fraser. baru-naru ni pula ke Muar [bawa budak Biologi ke seminar selaku driver sekolah tak bertauliah]

sementara menunggu SMKTG sampai, kami stop di Petronas. tetiba muncul cerita pasal BF. Pok Su aka driver sekolah bertauliah mula bukak cerita lepas tahu aku n member ke BF minggu sebelumnya.

" hati-hati sikit kalau nak ke sana. pernah jugak kene. mase tu bawa pengetua-pengetua ke mesyuarat. sampai sana malam. maalas nak tunggu, so balik malam tu jugak. tapi pengetua bagitau tak payah sbb dah malam. balik la jugak. "

" dalam perjalanan balik. nak turun. dekat jalan one way...."

bulu tengkuk kami dah start naik

" hujan lebat tapi cerah siap ada matahari lagi. mmg lebat. tetibe van rosak. try start tak boleh. panggil pomen, tak sanggup nak naik... panggil tolak, tak sanggup jugak... tapi terase nak buang air pulak. cari punya cari, jumpa rumah buruk. tengah rumah tu ade pokok besar. buang la... dalam rumah tu jugak kene.. perut bengkak. sakit tak payah cerita"

bulu tengkuk tetap gah berdiri

" balik ke van tengah sakit2 tu... try repair.. rupanya tali putus [tak igt tali ape].. cari dawai, sambung .. nasib baik ok.. trus bawak van ke kampung kat T.... berubat dengan ayoh. banyak kali dah kene sbb balik sorang-sorang sokmo"

nasib baik dengar cerita LEPAS kitorang balik dr BF....


p/s: .....

No comments:

Post a Comment

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...