Pages

Saturday, December 31, 2011

koleksi felt 2011

1. bentuk kromosome. mula gila dengan bentuk kromosom tahun 2008/09. time tgh buat projek akhir aka PSM. otak mmg tak berapa boleh terima kalau kena bina ayat2 power, so pilih projek e learning drpd moodle. best, tak payah banyak ayat, just banyak explore software flash, hot potatoes dan lain-lain. oh flash, i lap u




2. bentuk hati atau love. bentuk tipikal ahaks. doirder oleh adik sendiri yang tak mau buat sendiri hadiah kepada membe2...



3. bentuk bintang. sempena bantal bentuk bintang dalam kereta. untuk laptop bag



4. bentuk rose. memang agak tipikal utk brooch. dah malas nak jahit, layan youtube tgk tutorial. maka terhasillah brooch ros yang mantop. time kasih tutorial dari youtube



5. bentuk ros double. sebelum ni tak pernah jumpa ros double. tak tau lah ad org buat ke tak. ilham dapat masa tengah buat ros kat atas bersama2 si kakak



6. ros yang menjengkelkan. lama2 buat ros yang sama jadi bosan. ada permintaan buat design baru. tapi haprak. ape pon tak boleh



cik bongsu dah tolong potong, so, layan je lah ros double lagi


31.12.2011

apa dah jadi pd 2011???...
bluekkk, malas nak fikir

apa aktiviti last day 2011

1. pendaftaran pelajar

2. angkut barang ke rumah baru + bentang tikar getah
wehuuuu



sebelum




selepas




3. tidur

Thursday, December 29, 2011

Meeting 1

hari ni meeting pertama
mungkin lebih kpd taklimat tugasan 2012

secara kasar, dapat tugasan yang sama mcm tahun lepas
kurang sebenarnye
setakat ni yg BESAR

su aset
su rimup



buku rekod baru yang shannteeek


subjek pulak

1. Sains tingkatan 1 dan 3
2. sejarah tingkatan 3
3. moral tingkatan 2
4. pjk tingkatan 2
5. sivik tingkatan 4


redah aje...


buku meeting baru beli lepas meeting.. stiker untuk nota budak2...kui3


gambar hiasan

Thursday, December 22, 2011

Semak induksi

saya sudah...
anda bila lagi???


semak keputusan induksi anda di sini




p/s : mungkin mereka dah tahu, aku yg lambat kot hahahaa. line x clear kat sini

Result PMR dah keluar!!

2001 :
semua ujian dari bulan 1 sampai percubaan, tak pernah cemerlang, gemilang, terbilang.. mana taknye, dalam kelas tiduuuur aje. dah nak PMR mula stress. time amik result, just guna SMS. telefon sekolah asik busy je. first time mesej direply. tak caye.. typing error kot mesej tu.. start dari pukul 10 try telefon sekolah. x dapat. jam 11 try, tak dapat jugak. ulang alik ke telefon memanjang. petang dalam jam 2 lebih, try telefon. dapat..


tak percaye.. telefon sekali lagi.. betul ke??? tak caya telefon lagi.. alhamdulillah

dulu subjek yang selalu kantoi KH dan Sejarah.. ye Sejarah [sekarang ajar sejarah kui3]
aku lah muka yang selalu kena rotan + denda buat lagu sejarah [nasib baik cikgu lupe hehehe. tak sempat nyanyi pon]


sepuluh tahun kemudian

2011 :
sehari sebelum,plan nak datang sekolah. almaklum, tahun lepas kena sound sikit. duduk dekat dengan sekolah, tapi tak dtg sekolah tolong uruskan result. nasib baik ade reason. pergi sekolah adik, amik result pmr die.. last2 minit, sekolah telefon suruh datang petang 22hb 12, taklimat sbpa. hancur berkecai hasrat murni nak tolong. berserah je la. tambah pulak 22hb 12 pagi hujan lebat [seharian tak berhenti], lemau le jawabnye. malas.... just datang petang utk taklimat.




mind dah ready nak kena perli. amazing, tak kena pon dengar taklimat dengan suka hati.


"alamak, ramai pulak yg fail, mcm mane nak jwb dengan lady boss ni"
"cikgu, subjek BI macam mane? menaik ke menurun resultnye?"
"fuh, lega. sikit je yg fail. peratus pon naik."


anyway, gundah gulana sikit pasal result sejarah anak murid ni. ajar 2 kelas, dua2 kelas last. risau... dlm meeting, duduk sebelah sup dalaman [die ad semua analisis pmr 2011]..

dup dap
dup dap

suke3...
tahun ni punya result sejarah naik

memang ade yang tak pass tapi majoriti pelajar yang 'hilang' dalam hampir semua waktu P&P. nak buat macam mana. benda dah lepas.


p/s : jangan tiru perangai makhluk di atas... kerja biar ikhlas

Monday, December 19, 2011

slot akasia sains

kisah sedih ini berlaku disebuah kampung, dekat sawah....


azmi dan dhia dah lama bercinta. tapi satu hari, melly [ex-classmate] perangkap azmi supaya jadi pak sanggup. lalu dhia memutuskan ikatan pertunangan mereka



dhia, seorang yang kuat menangis... menangislah si dhia 5 hari 5 malam..
azmi berkahwin dengan melly



atas nasihat mak bapaknye, dhia berhenti menangis... buat semula rutin hariannye...
jual nasi lemak bawah pokok tepi jalan. terubatlah sikit hati dhie bile tengok nasi lemak tersebut
lepas 5 hari, bawah pokok tulah dhia pertama kali jumpa zikir



timbul rasa cinta dhia pada zikir. zikir ajak kahwin lepas seminggu berdating [bawak sekali anak Sal]. siapa Sal???



persiapan majlis hanya ambil masa 11 hari... mak zikir tolong tapi tak berapa nak ikhlas ...huhu
maka berkahwinlah dhia dengan zikir.

jangan ditanya mana pak abon!!!



dapatkah anda kaitkan dengan menstrual cycle aka kitaran haid
sains tingkatan 3 bab 4
reproduction [menstrual cycle]


kitaran haid ada 4 peringkat dan ambil masa 28 hari

1. menstruation [1-5]
lapisan pada dinding uterus
runtuh dan keluar melalui vagina.
maka, seseorang itu tidak boleh solat...dengan erti kata lain
period

[dhia menangis 5 hari 5 malam]

2. repair [6-10]
lapisan pada dinding uterus telah dibina semula.
lapisan tersebut penuh dengan salur darah

[dhia berhenti nangis, jual semula nasi lemak 5 hari sebelum jumpa zikir]

3. fertile [11-17]
lapisan menjadi semakin menebal.
Ovum dikeluarkan oleh ovari ke uterus melalui tiub falopio [
betul ke eja ni??]
proses ini dinamakan pengovulan. masa ni kalau ovum disenyawakan, zygote akan terbentuk

[dhia mula suka zikir, dating 7 hari]

4.premenstrual [18-28]
lapisan semakin tebal dan penuh dengan blood vessel.
jika ovum telah disenyawakan menjadi zygote, zygote akan menjadi embrio.
jika tidak disenyawakan, lapisan tersebut akan runtuh, maka bermulalah semula proses kitaran haid

[dhia nikah dengan zikir, persiapan majlis 11 hari je]

ntah ape2

p/s : kalau salah, kasi tau

I heart guts!!



wallawey!!
betul-betul comel

klik sini

Saturday, December 17, 2011

jalan vs salur darah

sains tingkatan 3
bab 2 blood circulation and transport

gambar di bawah memang tak logik. [tak ape la....]
lepas lebuh raya terus jalan kampung. ade ke patut!!!! [peduli ape aku!!!.]


yang penting, aku nak highlight kat sini tentang jalan.

1. lebuhraya : tak ade traffic light
2. jalan kampung : lagi la takde traffic light. kawasan rumah dekat pulak tu dengan jalan. [kampung sendiri la. kampung anda, i dont know]
3. jalan bandar : traffic light??? cuba try tengok kuantan.. banyak tak???





ape kaitan gambar kat atas dengangambar kat bawah??



salur darah ade 3 jenis..

1. arteri : takde injap
2. kapilari : takde injap
3. vein : ada injap.


jalan vs salur darah

1. lebuhraya.... memang kenderaan laju-laju belaka , almaklum, takde lampu isyarat...
sama macam dalam arteri... blood flow dalam arteri laju. arteri bawa darah beroksigen [kecuali pulmonary artery]. bila laju, gas oksigen dapat dihantar lebih cepat.

2. jalan kampung... biasa memang orang bawa slow je.. mana taknye, kadang-kadang, budak-budak asik main tepi jalan. kalo laju alamatnye ad yang ....
kapilari darah berada dekat dengan organ untuk memudahkan proses tukar gas. proses tukar gas lebih senang dengan adanya dinding kapilari yang sangat nipis berbanding arteri dan vein.

dalam entri sebelum ni ada cerita berkaitan pertukaran gas. klik sini


3. jalan bandar.. dalam bandar sibuk. so perlu ada traffic light. bila ada traffic light, kenderaan bergerak biasa2 je... [ye ke??]
vein bawa darah yang tiada oksigen [kecuali pulmonary vein.]. perlu ada injap untuk memastikan darah yang tiada oksigen tidak buat U-turn.


nota : kalau ada pembeltulan, sila bagitau..

Thursday, December 15, 2011

30 telah disapu habis

tribute kepada yg telah disapu




batch pertama telah tamat pengajian



projek lepas ni : ros kecik2.
langkah pertama:
1. order barang!!
setakat ni biz de cottage shoppe paling murah...



p/s : terasa cuti akhir taun 2011 lebih bermakna dari cuti akhir tahun 2010 ahahhahaa

Monday, December 12, 2011

Ros kembang sebakul

bahan-bahan yang diperlukan disediakan oleh assistant...



dengan azam yang kuat, tuan tanah terus mula bercucuk tanam. alhamdulillah, selepas beberapa hari projek siap..









hari ini tuan tanah dapat menuai hasilnya.
ros kembang sebakul

Ikan siakap stim

sempena kepulangan si sulung ke kampung tipu-tipu, beliau telah menyediaka masakan ikan siakap stim [bawal pon sodap]


bahan-bahan

ikan siakap
asam keping
garam secukup rasa
air

halia


lada kecil

lada besar


bawang

serai


bawang holand aka bawang besar putih


limau nipis


cara-cara

1. ikan letak dalam aluminium foil [cepat masak]. campak semua bahan atas ikan. last sekali perah limau dan letak air sedikit



2. bungkus ikan. letak dalam kuali. isi air ke dalam kuali. kalau guna kukus pon boleh



3. tunggu lebih kurang 30 minit [ikut saiz ikan]. kalau air dalam kuali habis, tambah lagi. pastikan aluminium foil tak bocor...



4. ikan siap dihidang.