Saturday, December 22, 2012

labah-labah gabak

 order percuma yang kedua oleh seorang yang baru sahaja habis jawab spm. guna material yang sama iaitu jeans rabak. 



mula2 plan tak nak letak mate.... tapi macam pelik pulok
 

 labah2 ade 4 pasang kaki. close up satu kaki.. bahagian atas kedut2 bahagian bawah tak. so, kaki labah2 ni bengkok ke bawah 


labah-labah merupakan anggota kumpulan inverterbrata yang mana tidak mempunyai tulang belakang, mempunyai 8 kaki [4 pasang kaki]

Wednesday, December 19, 2012

Nyet jeans

 pada suatu hari, tuan tanah menerima 3 helai jeans lama yang sudah terkoyak rabak serta tak mampu diselamatkan lagi. jadi tuan tanah terus mengerjakan jeans-jeans tersebut dengan menggunakan sebilah gunting tajam. selesai...

tak lama kemudian, tuan tanah menerima tempahan percuma daripada seorang pelajar farmasi. pelajar tersebut inginkan seekor monyet jadian.





semua bahagian dijahit tangan. kat bawah bahagian punggung
 

yang ni bahagian ekor
 

yang ni tepi badan
 

Sunday, December 2, 2012

Sebulat ros merah

 Selepas Na+Ar yang dipaksa letak jawatan akibat campur tangan seorang budak kecil, jawatan tersebut kosong beberapa bulan.

Oleh itu, satu inisiatif telah diambil bagi memenuhi kekosongan jawatan tersebut.

bahan-bahan yang diperlukan:
 polistrin bulat, masking tape, gam UHU, bunga ros, reben


apa guna masking tape? 
mula-mula try buat, tuan tanah letak UHU pada polistrin.... 
tapi
polistrin mengecut... gelabah perut boroi tuan tanah 

fikir punya fikir... dapat idea.
 balut polistrin dengan maskingtape, 
lepas tu baru guna UHU untuk lekatkan ros.

hasilnya.... 



jawatan kosong tersebut akhirnya diisi oleh Si Bulat


p/s: bolehlah gantung kat mane2 yang anda suka termasuk lah leher sendiri...

Friday, November 30, 2012

Moh kite pakat-pakat...

artikel kat bawah ni diambil dr sini 
___________________________________________

Senarai barangan yang perlu diboikot! 

Senarai produk yang secara langsung atau tidak langsung bersangkut paut dengan USA dan Israel. Mari kita BOYCOTT. Kerana setiap tahun hasil-hasil keuntungan dari barang ini dihimpun untuk membeli senjata dan tiap-tiap tahun juga meraka meyerang umat Islam di Palastien.

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan

Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut
Produk : Minuman 
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggi, Buitoni, Nestea, Friskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney,
 Jenama Disney, Kartun

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut

Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Syarikat : Nokia [ rase nak baling handphone ]
Produk : Telekomunikasi


Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut

Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogourt, HP foods, LEA & PERRINS, Sant, Galbani, Danao, Danette

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik

Syarikat : AOL Time Warner Produk
Media Elektronik dan Cetak 
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer

Syarikat : Estee Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Syarikat : News Corporation

Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Syarikat : Kimberly-Clark

Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu

Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen Dazs, Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg's, Canderel, Levi's, Raid, Heinz dan Smucker’s.



sila klik di sini untuk teruskan membaca

Thursday, November 29, 2012

Exam PSV

 Tahun ni tahun kedua jadi pengawas SPM. Mengawas di sekolah yang sama macam tahun lepas. Mmg tak dinafikan paper PSV II paper yang ditunggu-tunggu walaupun ambil masa 3 jam. Paper paling lama masanye.

sempat jugak snap picture sikit... tajuk dah tak igt sangat.


1. 3 ekor unggas, 2 ekor bertenggek atas kayu reput, seekor tengah menguis daun..



2. menyelam di dasar laut. jumpa makhluk yang berada di dasar laut..
 ni lukisan paling best pada pendapat tuan tanah. lain drpd yang lain untuk tajuk ni.. student lain ramai yang lukis duyung...



sempat jugak budak ni posing bile aku nak pungut lukisan die.



p/s : suasana pagi masa on the way ke pusat peperiksaan. 7.30 pagi ni...tapi kabus tebal sungguh!!



Wednesday, November 28, 2012

bola oh bola

bila menang, orang sanjung. puji. dah tak nampak dah kalau ade yang salah. mane-mane pergi ade je nampak orang pakai baju orang belang hitam. tak kira kecik, besar, tue muda... ade jugak la berangan nak pakai baju tu.. angan-angan mat jenin

bile kalah. tu dia.... 
main tak betul, main-main, tgh pikir pasal majlis kawen, tido.. ape2 je la...
bila kalah dengan Singapura...macam2 berita keluar... paling best ayat ni 
'harimau mengaum menguap'. pandai betui cari ayat..

malam ni Malaysia lawan Laos
4 - 1



p/s : ramai le kumpul depan Pavilion tengok tayangan free

Tuesday, October 2, 2012

jisim @ berat

berat saya ialah ...kg

atau

jisim saya  ...kg

ayat mana yang betul? merah atau biru?
ayat berwarna biru yang betul.
 unit untuk jisim adalah kilogram (kg) ,
 manakala unit untuk berat pula sebenarnya ialah
Newton (N).

berat dipengaruhi oleh tarikan graviti manakala jisim tidak. 
jika jisim 50kg, jadi berat bernilai 500N.
kalau ada yang tanya "berapa berat anda?" 

"berat saya adalah 560N"

_________________________________
lebih kurang setahun berkcimpung dengan kira kalori.
tapi empat lima bulan ni dah tak buat dah kira-kira.
kesimpulnnya

1. jangan makan terlampau sikit nanti metabolisma turun.
 bila metabolisma turun, susah nak teruskan proses penurunan
2. minum air masak secukupnya.
pernah cuba minum banyak air sebelum tidur
dan hasilnya banyak jugak la jisim  yg hilang.

untuk tahun kedua, kena buat semula kira kalori setiap hari

Sunday, August 26, 2012

Popia kentang

  yang kat atas tu inti popia

kentang 
lobak
bawang merah
lada
lada hitam
garam

pastikan bahan-bahan dihiris halus aka kecik-kecik supaya kentang dan lobak tak keras kruk krak kruk krak bila dimakan. [inti tak dimasak terlebih dahulu]

gaul semua bahan inti sehingga rata. 

balut dengan kulit popia



resipi cik Dell

Friday, August 10, 2012

HambaMu




lirik HambaMu

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Saturday, August 4, 2012

Tutorial : Ros third edition

bunga ros versi ketiga. pengubahsuaian dilakukan pada bahagian tengah [tambah manik kayu aje.]
 
  


cara membuat langkah demi langkah

sediakan kain felt  ikut keperluan saiz. gunting macam gambar di atas a.k.a macam lingkaran ubat nyamuk.

letak manik yang dimahukan. dalam gambar diletakkan manik kayu yang besar. Gamkan pada felt.
 

gulung macam biasa. Jangan lupa letak gam pada setiap gulungan supaya tidak tertanggal nanti.
 

gulung sampai habis [gambar bahagian bontot]
 

tutup bontot
 

gambar bahagian depan. boleh ditransformkan menjadi brooch atau magnet peti sejuk.
 

Friday, August 3, 2012

Aiskrim kacang Merah

bahan-bahan
resipi diubahsuai dari mat gebu. kuantiti bahan diubahsuai bagi mengelakkan pembaziran dan ketidakmuatan peti sejuk untuk simpan saki baki bahan.
 susu segar just guna 1 botol ducthlady 450ml
gula kastor lebih kurang 60 ml. kalau tak guna pun takpe kot. ce try test.  
coffeemate 1 paket sederhana 225ml kot.  
kacang merah   1 tin


cara-cara
1. susu segar + gula kastor + coffeemate +  kacau guna mixer sampai sebati
2. simpan dalam peti 2-3 jam
3. keluarkan semula + campur dengan kacang merah lenyek+ kacau guna mixer
4. bekukan semula.bila dah keras boleh dimakan...





Wednesday, July 18, 2012

diam bukan bererti bisu

selaku guru yang agak baru, kena iring pelajar ke seminar.
program daerah oleh seorang GC
mmg patut pun aku pergi
belum cukup ilmu di dada

waktu rehat, join cikgu-cikgu lama + berdedikasi
macam-macam isu keluar
apa reaksi aku??
yes, of course
silent

diam diam ubi berisi
kalau nak ubi yang berisi, cari ubi yang tak boleh bercakap

klik sini atau gambar untuk jenis-jenis diam

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...