Saturday, January 28, 2012

Saya sokong kempen ini !!

en Susu Sejat



geli ke makan cekodok picit???
lagi geli makan cekodok minyak huhuu
cekodok kukus ade tak??







Cute Graphics



p/s : bak kate en SS, ini pelaburan untuk masa depan


Friday, January 27, 2012

Oryctolagus spp.

Oryctolagus spp. = arnab

'arnab', perkataan yang berasal dari bahasa arab iaitu arnab. dalam bahasa Indonesia, arnab dipanggil kelinci yang mana berasal daripada bahasa belanda konijntje [anak arnab]



tukang buat = cik leli

Sunday, January 22, 2012

Si perosak!!

antara perosak orkid [dipetik dari wannura]


thrips . tanda warna agak coklat atas daun



scale insect . warna kuning keputihan di atas daun dan batang pokok.



mites . warna kemerahanbelakang daun. kemudian belakang daun jadi kuning dan hitam. suka keadaan yang kering



white flies .



aphid . warna hitam pada pokok di bawah daun dan celah daun kebiasaannya


selain daripada perosak kat atas, siput, lipas, kumbang, lebah dan semut jugak ada potensi jadi geng perosak..


p/s : teingat subjek Kawalan Biologi masa kat U. subjek untuk transfer cikgu jadi petani berjaya..

Orkid

cara menanam orkid [dipetik dari wannura]

penanaman orkid memerlukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya. Masa kecik2 dulu selalu nampak abah tanam guna 2 benda alah ni:

1. pecahan batu bata (tak pasti batu bata ke pasu pecah). batu bata hendaklah direndam dalam racun kulat semalaman, kemudia angkat dan keringkan. pecahan batu paling besar diletakkan di bawah, dan diikuti dengan pecahan yang lebih kecil. Jangan timbus pangkal orkid dengan media. gunakan pancang kayu kalau nak orkid tadi tegak

2. pecahan arang. biasanya digunakan bersama pecahan batu. arang direndam semalaman untuk membuang garam, kemudian siram untuk membuang sisa garam yang tinggal. pecahan paling besar di bawah dan diikuti dengan pecahan yang lebih kecil.


6 pasu orkid yang dibeli di pekan sari

baru beli tadi


dibeli minggu lepas.

penjual datang dari Batu Pahat. baru nampak gerai orkid minggu lepas. harga pasu kecik ni RM10 untuk 3 pasu


Cara penjagaan orkid

ROOT GOOD, GROWTH GOOD, FLOWER GOOD

Penyiraman. jangan siram kalau ragu-ragu nak siram!! [owh, ye ke]. takut nanti orkid datang penyakit pulak. ada beberapa faktor mempengaruhi kadar siraman

1. cuaca
2. media
3. iklim mikro [pekebende??] iklim kawasan penanaman. sebaiknya siram pagi atau petang sahaja.
4. pengudaraan
5. pembajaan

WEAKLY, WEEKLY!!

panduan pilih baja. sila baca di sini.


~pasu yang kecik ni kena letak di tempat yang teduh. belum tahan lasak. bila dah besar sikit baru boleh letak kat tempat panas~


kawalan penyakit dan perosak orkid. [virus, bakteria, kulat]

1. virus :perlu ujian makmal. kalau nak elak, jaga kebersihan kawasan. musnahkan pokok yang dijangkiti.

2. bakteria. simptom2 adalah reput di mana-mana bahagian pokok dan bau busuk mungkin kerana terlalu lembab dan pengudaraan yang tak baik. antaranya reput bakteria iaitu bintik coklat berair pada daun. yang kedua reput daun iaitu bintik berair pada daun, daun kuning dan gugur. buang bahagian yang terjangkit. sembur racun kulat.

3. kulat. lambat dan tak berbau busuk. tempat terlalu lembab dan pengudaraan tak bagus. cara elak sama macam bakteria.

yang warna putih panjang tu adalah baja subur. potong separuh kemudian cucuk dalam pasu. tahan untuk seminggu. dicadangkan oleh penjual. RM5 sepaket.


yang pink ni baja bunga. bila dah besar baru bagi baja bunga.

Friday, January 20, 2012

Jom naik bas..!!??!!

jalan memang sesak dengan mesin bergerak. macam-macam warna, macam jenis.
tukang pandu pula macam-macam perangai...

Bas. mesin wajib masa nak balik ke U. naik bas sangat best. lagi-lagi kalau dapat seat seorang [sangat kera sumbang] plus makanan yang banyak. naik, duduk, tengok luar tingkap, makan, tidur main handphone then sampai U. sangat nyaman. tak perlu susah-susah nak ingat jalan.

hari ni, aku sukarela ambil adik di kuantan naik CCN. CCN bukan sebuah bas, hanya sebuah kereta kontot yang setia berkhidmat kepada tuannya yang malas memandikannya.

dalam perjalanan balik ke rumah, aku tengok cermin pandang belakang. ada bas warna emas bertulisan maroon. fulamakatak, laju beb. mula-mula nampak hanya sebesar ibu jari. tak sampai seminit, dah ada dekat dengan belakang. So, aku bereksperimen dengan tujuan nak tahu berapa kelajuan bas emas maroon tersebut....

lebih 110 km sejam beb!!! apa kau tak sayang nyawa?? kalau tak sayang nyawa sendiri, ingat lah nyawa-nyawa yang kau bawa!!!

nasib baik gambar yang disnap belum ditransfer... huh!! sangat marah ni.

~PANDU CERMAT JIWA SELAMAT~

p/s : makin tak berani naik bas.

Thursday, January 12, 2012

tired

minggu kedua kerja di tahun baru
sigh....
memang tak baik mengeluh



1. isnin: cadangnye nak pindah hari ni. kenape pilih isnin?? entah. tapi diriku ini bekerja, jadi x tolong angkat. last2 tungu punya tunggu, lori x datang. so postpone

2. selasa : pindah jugak akhirnya. balik kerja, terus angkut barang. penaaat. malam je terus koma. ape dah jadi dengan RPH... jeng3....

3. rabu: dapat tau kena jadi KP PJK. pe kejadah hahahaha.... sebelum balik terserempak dengan boss... dapat lagi 1 kerja.... WARDEN!! no way!! tapi dasar tak reti nak tolak kerja.. mintak dipertimbangkan dulu. tapi nak ke boss... banyak cantek..

4. khamis : hohoo.. tak jadi KP PJK. nampak tak sesuka hati je main tarik tali...dapat pulak kerja lain ganti orang. guru kelas 5B... SMM + DAFTAR SPM+ KECERIAAN +DSB...

p/s : terasa macam tong sampah. bila orang tak nak, dibuang je dalam tong sampah. bile ade orang tak larat nak buat kerja, buang dalam tong sampah. dengan harapan tong sampah tolong buatkan. apa nak jadi dengan kerja si tong sampah...??

TT_TT

aku dah tiada masa untuk felt kesayangan ku huhuuu

gue tak sabar nak cuti meyh....

Tuesday, January 3, 2012

first day T&L 2012

[ guna melodi bangun pagi gosok gigi ]

bangun pagi, muka monyok
tak nak mandi, malas sekolah
tapi terpaksa, nak buat macam mana
cikgu kena mengajar

sampai sekolah
senyum plastik
buat rajin, kononnya
masuk kelas tingkatan 1
ajar sains sikit-sikit

kelas sivik, budak sikit
separuh je yg datang
bagi briefing
pasal sivik,
tup-tup rehat lah pulak

sains form 3
bagi pop kuiz
jawab lah sorang-sorang
mmg tak berubah perangai dorang
dok pergi berbincang

moral pulak
tingkatan 1, kelas yg sama lagi
bagi nilai, 7 aje
tu pun tak sempat habis


lepas kelas moral, lapar betul rasanye. conclusion hari ni ; ok tak tensen
budak form 1 suggest aku masuk raja lawak... . senyum kambeng =]



Monday, January 2, 2012

Barang baru


akhirnya, rumah no 20 dah ade sofa. coklat gelap.
peraturan baru wujud tadi 'jangan tidur atas sofa yek'

langsir sesuai warna ape?
ape lagi nak letak?
karpet???


Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...