Wednesday, July 18, 2012

diam bukan bererti bisu

selaku guru yang agak baru, kena iring pelajar ke seminar.
program daerah oleh seorang GC
mmg patut pun aku pergi
belum cukup ilmu di dada

waktu rehat, join cikgu-cikgu lama + berdedikasi
macam-macam isu keluar
apa reaksi aku??
yes, of course
silent

diam diam ubi berisi
kalau nak ubi yang berisi, cari ubi yang tak boleh bercakap

klik sini atau gambar untuk jenis-jenis diam

Tuesday, July 10, 2012

Siviknye budak kau...

dari jauh seorang budak sivik tanya cikgu siviknye....
budak sivik : cikgu, esok ada kelas sivik tak?
cikgu sivik angguk aje.

rakan sejawat cikgu sivik : siviknye budak kau!!!
cikgu sivik gelak aje...
___________________________

hari ni cikgu sivik nak ajar tajuk cita-cita saya. tapi cikgu sivik tak ada idea. tak reti nak ajar sivik tingkatan 1. simple sangat. so cikgu sivik search internet dan jumpa dokumen ini.

so, riki2 dokumen yg didownload. banyak aktiviti yang boleh guna. untuk hari ini guna yang 'siapa kata tak boleh'

prosedur:

1. budak- budak sivik mengadap dinding. cuba capai diding dan cikgu sivik suruh lekatkan salotip merah sebagai tanda. 

2. cikgu sivik tinggikan tanda tersebut. mula-mula part ni budak-budak sivik tak faham.

3. cikgu sivik minta budak-budak sivik cuba tanggalkan salotip tadi dengan menggunakan apa-apa cara yang difikirkan boleh.

pemerhatian: 
1.ada budak sivik meloncat sekali, banyak kali baru dapat.
2. ada budak sivik guna pembaris
3. ada budak sivik minta kawan tolong
4. tapi tak ada budak sivik yang guna kerusi atau cara-cara lain..

perbincangan:
tanda pertama mengikut tahap sendiri [setiap orang ada matlamat yang nak dicapai @ cita-cita]
tanda lain yang orang letak [ada standard tertentu yang perlu dicapai untuk dapat apa yang dicita @ cabaran dan halangan]
cuba tanggal pelekat [cuba sedaya upaya untuk capai cita-cita]
pelbagai cara untuk dapatkan pelekat [banyak yang boleh dilakukan untuk capai cita-cita. ada yang dengan usaha sendiri, bantuan kawan ataupun bantuan benda lain]

kesimpulan: 
untuk mencapai cita-cita, kena berusaha sampai dapat. dalam perjalanan untuk capai cita-cita, banyak cabaran dan masalah yang timbul. berfikir dengan kreatif untuk selesaikan masalah yang datang


Saturday, July 7, 2012

makanan + kalori

untuk hidup kena makan. dalam makanan ada tenaga @ kalori
setiap orang ada jumlah kalori yang diperlukan untuk hidup, BMR (basal metabolic rate)
kalau makan kurang daripada BMR akan menyebabkan metabolisma badan menurun.

berapa banyak kalori yang perlu diambil? kena tahu BMR sendiri dulu. untuk perempuan:
655 + (9.6 x berat kg) + (1.8 x tinggi cm) - (4.7 x umur tahun)

kemudian tahu keperluan kalori seharian dengan mendarab BMR dengan aktiviti harian


Duduk BMR x 1.2(kurang atau tiada senaman, kerja di meja)
Aktiviti Ringan BMR x 1.375(senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu)
Aktiviti Sederhana BMR x 1.55(senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu)
Sangat Aktif BMR x 1.725(senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu)
Terlebih Aktif BMR x 1.9(senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal
atau 2x sehari seperti pelumba maraton)

nak tahu lebih, klik sini atau sini
 
 __________________________________________

 pau habibi kukus dengan kalori 106kcal sebiji...

106 x 4 = 424kcal hehehehe



 aiskrim yogurt dengan 45kcal sebatang (kot)
perisa mangga+oren dan berry..


Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...