Tuesday, July 10, 2012

Siviknye budak kau...

dari jauh seorang budak sivik tanya cikgu siviknye....
budak sivik : cikgu, esok ada kelas sivik tak?
cikgu sivik angguk aje.

rakan sejawat cikgu sivik : siviknye budak kau!!!
cikgu sivik gelak aje...
___________________________

hari ni cikgu sivik nak ajar tajuk cita-cita saya. tapi cikgu sivik tak ada idea. tak reti nak ajar sivik tingkatan 1. simple sangat. so cikgu sivik search internet dan jumpa dokumen ini.

so, riki2 dokumen yg didownload. banyak aktiviti yang boleh guna. untuk hari ini guna yang 'siapa kata tak boleh'

prosedur:

1. budak- budak sivik mengadap dinding. cuba capai diding dan cikgu sivik suruh lekatkan salotip merah sebagai tanda. 

2. cikgu sivik tinggikan tanda tersebut. mula-mula part ni budak-budak sivik tak faham.

3. cikgu sivik minta budak-budak sivik cuba tanggalkan salotip tadi dengan menggunakan apa-apa cara yang difikirkan boleh.

pemerhatian: 
1.ada budak sivik meloncat sekali, banyak kali baru dapat.
2. ada budak sivik guna pembaris
3. ada budak sivik minta kawan tolong
4. tapi tak ada budak sivik yang guna kerusi atau cara-cara lain..

perbincangan:
tanda pertama mengikut tahap sendiri [setiap orang ada matlamat yang nak dicapai @ cita-cita]
tanda lain yang orang letak [ada standard tertentu yang perlu dicapai untuk dapat apa yang dicita @ cabaran dan halangan]
cuba tanggal pelekat [cuba sedaya upaya untuk capai cita-cita]
pelbagai cara untuk dapatkan pelekat [banyak yang boleh dilakukan untuk capai cita-cita. ada yang dengan usaha sendiri, bantuan kawan ataupun bantuan benda lain]

kesimpulan: 
untuk mencapai cita-cita, kena berusaha sampai dapat. dalam perjalanan untuk capai cita-cita, banyak cabaran dan masalah yang timbul. berfikir dengan kreatif untuk selesaikan masalah yang datang


1 comment:

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...