Saturday, December 22, 2012

labah-labah gabak

 order percuma yang kedua oleh seorang yang baru sahaja habis jawab spm. guna material yang sama iaitu jeans rabak. 



mula2 plan tak nak letak mate.... tapi macam pelik pulok
 

 labah2 ade 4 pasang kaki. close up satu kaki.. bahagian atas kedut2 bahagian bawah tak. so, kaki labah2 ni bengkok ke bawah 


labah-labah merupakan anggota kumpulan inverterbrata yang mana tidak mempunyai tulang belakang, mempunyai 8 kaki [4 pasang kaki]

Wednesday, December 19, 2012

Nyet jeans

 pada suatu hari, tuan tanah menerima 3 helai jeans lama yang sudah terkoyak rabak serta tak mampu diselamatkan lagi. jadi tuan tanah terus mengerjakan jeans-jeans tersebut dengan menggunakan sebilah gunting tajam. selesai...

tak lama kemudian, tuan tanah menerima tempahan percuma daripada seorang pelajar farmasi. pelajar tersebut inginkan seekor monyet jadian.





semua bahagian dijahit tangan. kat bawah bahagian punggung
 

yang ni bahagian ekor
 

yang ni tepi badan
 

Sunday, December 2, 2012

Sebulat ros merah

 Selepas Na+Ar yang dipaksa letak jawatan akibat campur tangan seorang budak kecil, jawatan tersebut kosong beberapa bulan.

Oleh itu, satu inisiatif telah diambil bagi memenuhi kekosongan jawatan tersebut.

bahan-bahan yang diperlukan:
 polistrin bulat, masking tape, gam UHU, bunga ros, reben


apa guna masking tape? 
mula-mula try buat, tuan tanah letak UHU pada polistrin.... 
tapi
polistrin mengecut... gelabah perut boroi tuan tanah 

fikir punya fikir... dapat idea.
 balut polistrin dengan maskingtape, 
lepas tu baru guna UHU untuk lekatkan ros.

hasilnya.... 



jawatan kosong tersebut akhirnya diisi oleh Si Bulat


p/s: bolehlah gantung kat mane2 yang anda suka termasuk lah leher sendiri...

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...