Pages

Sunday, June 12, 2011

Al-Fatihah

Di satu tengah hari (satu ke??), sedang aku belenggang Mak Limah (sambil bwak sebeban kertas periksa sejarah dan sains) di koridor tingkatan dua (baru habis kelas terakhir ..yahooo!!)...

"cikgu...cikgu"

aku menoleh ke kanan. Nape pulak da budak2 ni.. (geng2 perempuan kelas akhir, tau je laaaa camne gayanya)

"cikgu, I meninggal"

aku pada mulanya tak percaya...al maklum, geng depa selalu main-main....aku tanya nak kepastian ni. takkan bab mati nak main-main kot...

"betul cikgu. pagi semalam"

depa pun cerita semuanya. mengikut apa yang depa bagitau, aku sorang je cikgu yang tau apa peyakit die...

sedih aku. Kenapa???
1. sebelum cuti 2 mggu baru ni, die selalu dengar cakap aku, buat kerja yang aku suruh, tak faham tanya, tanya nak buat folio macam mana... 360 darjah berubah

2. aku cikgu Sejarah kelas depa.... aku dah siapkan present untuk yang lulus (3 org) untuk naikkan semangat depa... aku tanda papaer depa, yang paling tinggi markah, I (T-T)

3. Kalau buat latihan, aku just potostat n bagi pada depa... aku guna buku yang ada sedia buku nota poket. dia minta nak pinjam untuk study.... aku bagi n suka la dia nak study....

4. geng die bagitau, dia dah siapkan folio dalam cuti aritu. terharu aku....


I @ dia : bukan nama sebenar


~Al Fatihah~

p/s: masih terkejut.....

No comments: