Tuesday, December 18, 2018

Seoul, Korea : D2 Bukchon Hanok Village

Awal pagi dengan berbekalkan roti
Kami bergerak ke subway terdekat
Naik metro, turun di Anguk Station exit 1, exit 2 pun boleh
Berjalan dalam lebih kurang 300m
Sampai di Bukchon Hanok Village (BHV)
Masuk kawasan ni percuma


BHV merupakan kawasan penempatan pegawai-pegawai tinggi zaman Joseon
Sebahagian rumah masih didiami, 
sebahagian lagi telah diubahsuai menjadi  muzium, bengkel kraftangan dan macam-macam lagi.
Jadi, bila kau berjalan, pastikan senyap.



Kami sampai di BHV agak awal. 
Dalam pukul 6.30 pagi. 
Lampu depan rumah pun belum tutup.
Masih tiada pelancong yang berjalan di sekitar kawasan ni



BHV ada banyak jalan, lorong dan perlu sedikit mendaki.
Pastikan kau rujuk peta yang ada disediakan di tepi jalan



Aku paling suka tengok senibina bumbung rumah-rumah di sini.
Cantik bagi aku.
Disini, kami hanya bergambar sambil meronda kawasan
cultural center di sini pun belum buka
Kalau tak silap aku, buka pukul 9.00 pagi
Kami perlu bergegas pula ke lokasi seterusnya

Pernah nampak tak tempat ni?

Belakang kami tu adalah susunan marmal kecil.

Setakat ni belum keluarkan duit lagi kecuali TMoney untuk metro.
Makan pun belum hahaha

Korea : Lihat yang Positif

Sangat menepati masa terutamanya kenderaan awam. 
Tak cepat, tak lambat



Tidak mementingkan diri. 
Memberi laluan kepada orang lain yang perlu mengejar masa (subway)
Jadi kita perlu berdiri atau berjalan di sebelah kanan ketika di subway untuk memberi laluan kepada orang lain
Memberikan tempat duduk kepada golongan yang lebih memerlukan (metro). 
Kadang-kadang, tempat duduk khas dibiarkan kosong.

Bersih, tiada vandalisme.
 Susah nak nampak sampah berterabur di tempat yang kami lalui termasuk subway. 
Di Gamcheon cultural village pun bersih walaupun kawasan tersebut padat dengan rumah.

Sentiasa membantu.
 Sekiranya mereka ternampak pelancong sesat, mereka akan membantu terutamanya
 Kami dapat perhatikan di mana golongan yang lebih berumur acapkali membantu kami walaupun kami tidak meminta pertolongan. 
Golongan muda mereka juga akan membantu sekiranya kami meminta bantuan.
Bonus jika kita boleh berbahasa Korea. Lagi ramahlah mereka



 Kreatif dalam memanfaatkan setiap kawasan

Antara hiasan dinding di subway. Nampak biasa tapi unik. Ada banyak lagi hiasan yang lebih menarik.

Poster kenderaan yang membuat kesalahan jalan raya. Di subway juga

Di Gamcheon Cultural Village. Warna, mural dan arca yang ada boleh  menarik pelancong datang sekaligus menambah pendapatan kawasan tersebut


Kitar semula barang terpakai

Periuk belanga dan besen digubah menjadi arca yang unik

Mesin gedegang bukan setakat untuk membeli air tin, siap ada usb port,fidget spinner dan lain-alain alatan.

Dengan mengembara ke tempat orang, kita dapat lihat 
suasana, sikap, teknologi dan lain-lain perkara yang taidak dapat kita lihat di tempat sendiri.
Travel dengan niat kerana Allah.
Subhanallah 

I love Malaysia


Monday, December 17, 2018

Busan, Korea : D7 Last day

Tiba hari untuk kami balik ke Malaysia
Sepatutnya kami berlepas pada jam 10.35 pagi 
Tapi kapal terbang kami terpaksa delay sedikit akibat cuaca yang buruk

Macam biasa, Leli uruskan urusan di airport, aku dan Una jaga bagasi.
Malam sebelumnya, kami ambil keputusan untuk tidak keluar 
Kemas bagasi, susun barang molek-molek
Angkut bawa ke airport, nak timbang takut terlebih berat
Gigih kau hahaa.
Nasib baik hotel tidak jauh dari subway.

Pengalaman ke Korea ni merupakan pengalaman pertama aku travel ke luar negara setelah 32tahun hidup. Alhamdulillah, ada juga rezeki dan pengalaman jadi backpacker yang tak berapa backpacker...
Moga-moga lepas ni, ada rezeki aku ke tempat lain pula terutamanya ke Mekah. 
Wishlist paling atas.

Busan, Korea : D6 Gamcheon Cultural Village

Machu Picchu of South Korea


Kami di pintu masuk pertama berhampiran dengan perhentian bas

Antara tempat yang aku nak pergi di Busan sebab warna warni hahaaa
Gamcheon Cultural village merupakan kawasan penempatan yang miskin pada satu masa dahulu.
Pelarian Korea datang ke Busan dan mendirikan rumah di  lereng-lereng bukit dengan menggunakan kayu dan lain-lain bahan yang ada. Nak tahu lagi boleh google aje.
Dulu GCV bukanlah warna-warni macam sekarang.

Bermula tahun 2009, projek Dreaming of Machu Picchu in Busan dilaksana yang mana  proses untuk mencantikkan kawasan perumahan dengan cat,  mural dan pelbagai arca yang menarik.
Jadi, banyaklah port bergambar yang boleh kau singgah. 

GCV ni ada banyak lorong kecil sebab kawasan perumahannya agak padat. Tak lupa juga tangga-tangga kecil yang curam.

Dari Sasang Station, kami turun di Toseong Station, exit 6.
Naik bas no 2 di hadapan Busan Cancer Centre. 
Guna sahaja TMoney.
Bas ni akan berhenti di banyak tempat termasuk di hadapan gate untuk ke GCV. 



Kami sampai awal satu jam (tempat jual map buka pukul 9)
Jadi kami ambil ronda-ronda dahulu sementara menunggu kaunter buka.

Map boleh dibeli dengan harga 2000won. Dalam map ni, kau boleh tahu jalan-jalan yang boleh dilalui untuk mendapatkan cop
 (boleh cop pada map)

Agak-agak dah nak pukul 9, kami patah balik ke kaunter unutk mendapatkan map.

Maka bermulalah episod mendaki mencari cop. 
Disebabkan kami hanya fokus pada mencari cop, banyak lorong kecil yang kami tak masuk.
Agak banyak lokasi cantik yang kami tak lalu. Kalau nak lalu semua mau esok baru balik hotel.



Macam yang aku bagitahu tadi, ada banyak arca dan muralkan. Salah satu daripadanya ialah kayu yang disusun menjadi bentuk ikan yang besar. Ada jugak kayu yang diukir bentuk ikan. Yang mana arca-arca ni merupakan petunjuk jalan. 

Lukisan pada kayu sangat simple tapi mempunyai warna-warna yang menarik perhatian serta unik.

simple but nice
simple but nice kuasa 100

Satu lagi tarikan yang popular di sini, Little Prince and fox. 
Nak ambil gambar pun kena beratur..

Ini je yang mampu. Ramai sangat orang beratur nak bergambar



Ikut dan la nak buat aksi apa. Sekali seumur hidup dapat ke sini.

Memang tak dinafikan, agak lama kami berada di sini. 
Dari pagi sampai ke petang. 
Ramai jugak pelancong yang datang termasuk Malaysia.
Kami terserempak dengan seorang pakcik dari Malaysia. Seorang diri
Rupanya keluarga dia jauh di belakang, khusyuk ambil gambar hahaa.

Banyak lagi lokasi dan permandangan yang menarik ketika berada di GCV. 
InsyaaAllah jika ada rezeki kau boleh pergi.



Busan, Korea : D5 Train to Busan

Hari ke 5, kami bergerak ke Busan. 
Dalam jam 9 pagi kami ke subway untuk menaiki metro.
Berhenti di Seoul Station.
Untuk ke Busan, kami menaiki KTX. Tiket KTX boleh dibeli di sana ataupun secara online.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. 

Aku tak ingat pula berapa harga KTX je Busan. Hotel di busan kami book di Agoda. Berdekatan dengan subway sebab mudah untuk kami ke airport untuk balik Malaysia nanti.

  Sampai sahaja di destinasi, kami mencari metro untuk ke Sasang Station.
Perjalanan lebih kurang 30 minit.
Mujur hotel tak jauh macam di Seoul dulu.
Kalau sesat lagi memang masaklah.
Kaki dah letih, gatal-gatal sebab kulit terlalu kering.
Sila pakai losyen ye.


Haedong Yonggungsa Temple.

Selepas merehatkan diri di hotel, kami bertolak ke Haedong Yonggungsa Temple (HYT) dengan menaiki teksi. Mudah untuk dapatkan teksi di sini tapi tambangnya boleh tahan la.

HYT dibina pada tahun 1376 pada zaman dinasti Goryeo. Kemudian musnah semasa zaman kedatangan Jepun dan dibina kembali.
Di sini kau boleh tengok patung-patung 12 zodiak dan banyak lagi patung lain.



Daengjeon Main Sanctuary


Kami sempat meninjau keadaan di dalam pagar utama tetapi disebabkan dah hampir gelap,
tak banyak yang kami sempat snap.
Kami tak lama di HYT, jadi aku rasa macam free-free je bayar teksi tadi.
Balik ke Haeundae, kami naik teksi. Tambang lagi mahal dari tadi hahaa

Kami singgah di Restoran Punjab Indian Halal. Isi perut dengan nasi.

Lamb briyani  15000won, chicken briyani 14000won. Nasinya agak banyak. Jenuh juga nak habiskan.


Kemudian, kami berjalan pula ke Haeundae Beach. 
Tak jauh dari tempat makan tadi.
Ramai orang di pantai, siap ada yang main bola dengan anak-anak lagi.




Lepas sejam, kami balik ke hotel naik metro
Berhenti di Sasang Station.
Tidur, banyak nak guna tenaga esok.

p/s: hari ke 5 ni dah rasa macam nak balik Malaysia dah. Rindu nasi lemak.

Thursday, December 13, 2018

Seoul, Korea : D4 Shopping + Itaewon food hunting + Dongdaemun design plaza

Last day di Seoul, kami ke 3 buah market untuk membeli kain cotton dan sourvenir iaitu Gwangjang Market, Namdaemun Market dan Myeongdong Market. Macam hari-hari sebelumnya, kami banyak berjalan dan hanya alas perut dengan memakan roti sahaja.

Gwangjang market.
Naik metro turun di Jongno-5-ga Sation dan cari exit 8.
Banyak barang yang dijual termasuk makanan.
Fokus kami adalah kain cotton. Nak borong untuk family. Banyak kain cotton yang dah siap dipotong 4m dengan harga 10000won (RM30++).
 Kalau nasib baik jumpa yang 5m dengan harga yang sama

Antara barangan yang dijual. Comel pualk hanbok merah tu.

Cer tengok kain kat belakang, banyakkan. Selain kedai ni, banyak lagi kedai lain yang menjual kain cotton (harga lebih kurang sama). Pakcik ni agak peramah. Lagi-lagi kalau kau bawa kawan yang boleh skpeaking Korea hahaa. Kedai sebelah dia jual lace. Aku beli semeter je, konon nak jahit kat tangan blouse.

Namdaemun market
Kalau kau naik metro, untuk sampi ke sini perlu turun di Hoehyeon Station dan cari exit 5.
Memang banyak barang yang dijual di tepi-tepi jalan.
Untuk rakan sekerja dan anak murid, aku memborong pengetip kuku comel-comel
(yang besar 7000won, kecil 50000won). Ini je mampu hahaaa...
Tshirt 'I love Korea' di sini berharga 4000won.
Jangan pulak beli di airport. Harga  berganda-ganda.

Kedai ni paling murah yang kami jumpa. Ahjumma ni boleh cakap Bahasa Melayu sikit-sikit. Rambut putih, paras bahu. Tak snap pulak gambar dia, sibuk tengok barang.

Myeongdong market
Kalau nak cari skincare, cari di sini. Tapi pandai-pandai pilih la ya.
Pilih yang kau biasa dengar dan yang tak was-was kandungannya.
Buat research dahulu sebelum ke sini.
Aku follow Si Laili tu je kihkih.

Kami memborong masker di Myeongdong market. Beli satu percuma satu. Satu paket ada yang 30pcs, ada yang 50 pcs yang lagi banyak pun ada. Kalau beli dapat percuma satu lagi paket dengan jumlah yang sama.

Selesai shopping, kami kembali ke hotel. Nak hantar barang dan solat.
Makan tengah hari??... Lepas shopping, kami cari makanan di Itaewon.


Itaewon Food Hunting 

Untuk ke Itaewon, naik metro turun di Itaewon Station. Di subway, cari exit 2.
Ada banyak restoran halal di sini. Ada Seoul Central Mosque jugak.
Di sini, kami pergi ke banyak restoran untuk merasa makanan-makanan halal di sana.
Beli satu makanan, kongsi bertiga.
Semua makanan di bawah kami makan hari yang sama ye..
Memang hari ni kami kekenyangan. Almaklum, dah lama makan roti atau maggi sahaja.

The Halal Guys. Kami order Secret fries (ada sayur , kentang dan mayonis yang sedap) 7500won dan sekeping baklava yang berharga 4000won. Lama dah teringin makan baklava. Manis sangat huhu

Mr Kebab. Kami makan Mix Pilaf Kebab ( nasi, salad, ayam dan kamibing) 10900won dan Turkish ice cream 5000won. Mayonis di Halal Guys lagi sedap.


Restoran Dubai. Interior agak ekslusif. Kami makan nasi 4000won dan beef curry 12500won. Rasa sedikit macam nasi dagang. Lapar semula bila bau kari dia.

Hari pun semakin gelap. Kami berjalan mencari masjid di sana.
 Di sepanjang jalan ke masjid, ada banyak lagi kedai makan lain.
Selepas ke masjid, kami meronda mencari makanan lagi hahaaa.

Restoran Makan. Kami order  2 jenis ayam, Sweet and Spicy Crunchy Fried Chicken dan Fried Chicken With Soy and Garlic. 10000won setiap satu. Sedap tapi kami dah tak larat nak makan jadi separuh makan di situ searuh bawak balik hotel. Sampai balik Malaysia teringat. Boleh try buat sendiri nanti

Siti Sarah. Konon dah kenyang tadi last-last singgah jugak.  Makan nasi goreng di sini. Sedap jugak. Harga 11000won. Tukang masak dari Indonesia. Kat bawah kaca atas meja makan ada banyak duit bermesej dari pelbagai negara. Kami join sekalilah.


Kalau dapat cari hotel di Itaewon, tiap hari boleh rasa makanan halal berbeza.
Hotel kami terlalu jauh dari sini.
Susah nak cari yang halal berhampiran dengan hotel kami
Jadi, kami bawa bekal roti

Dongdaemun Design Plaza (DDP)


Ros LED. Jangan panjat atau berdiri atas tembok ye, nanti guard halau

Balik ke hotel, kami mengemas bagasi sebab esok nak bertolak ke Busan pula. Sebelum tidur, sambung makan ayam yang kami bungkus tadi

Seoul, Korea : D3 Pulau Nami, Petite France, Garden of Morning Calm

Hari ke 3, kami ke Pulau Nami yang tekenal dengan sopt bergambar berlatarbelakangkan pokok-pokok tinggi. Pernah tengok Winter Sonata. Aku tak pernah hahaha. Drama tu menjalankan penggambaran di Pulau Nami. Siap buat patung lagi tu.

Dari hotel, (7.00 pagi)kami menaiki metro dan turun di Yongsan Station. 
Kemudian jam 7.20 pagi menaiki ITX (17700won, tapi aku tak ingat ni untuk seorang atau bertiga) untuk ke Gapyeong station.


Di Gapyeong, ada ahjushi (pekerja tour bus)  akan bagi penerangan tentang jadual bas dan melayan pertanyaan pelancong sementara menunggu bas sampai.
 Dia akan ikut naik bas sekali ya.
Masa kami sampai, suhu di sana -3 darjah. Menusuk tulang sejuknya.

Sejuk yang amat

Tiket tour bus boleh dibeli secara tunai atau menggunakan TMoney.
Beli tiket dalam bas ye. Aku tak ingat harga.
Tiket perlu disimpan kerana boleh digunakan sebanyak mana yang kau nak untuk satu hari.
Kalau hilang, kena beli semula.

Turun bas, tapi aku tak ingat kat mana... boleh naik feri untuk ke Pulau Nami.
Nak best lagi, kau boleh ke Nami guna zipwire.
Tapi bayarannya juga best lah kan. Harga tiket feri 13000won seorang (dewasa)

Peta ahjushi tadi bagi. Boleh rujuk peta Nami tu untuk meronda-ronda

Kami sampai ke Pulau Nami lebih kurang jam 9.50 pagi.
Agak ramai pelancong yang datang pada waktu ni.
Ni belum turun saji, mungi masa bersalji lagi ramai orang.
Pulau Nami terletak di tangah sungai Han dan berbentuk separa bulatan.
Nama pulau ni diambil sempena nama seorang jeneral zaman dahulu, jeneral Nami

Four pillars to heaven

Ke Pulau Nami naik feri. Sebelun naik feri, bergambar dulu dekat buku gergasi.

Kalau kau google tentang naminara, pulau ni, akan ada artikel yang mengatakan di sini ada taman yang bertema. Tapi kenapa aku macam tak perasan hahaaa. 
Yang aku perasan ada Langkami. Langkami adalah gabungan nama Langkawi dan Nami.
Pada tahun 2013, di pulau ini telah diadakan event yang melibatkan muzik, makanan dan puppet show Malaysia. Jadi, taman ni dibina sempena event tu. Aku tak snap gambar.

Patung winter sonata. Beratur orang nak bergambar kat situ.

Disebabkan belum makan dari pagi, kami singgah di Asian Cuisine.

Kami memilih makanan ala Korea, jjampong, jajangmyeon dan satu lagi aku tak ingat (yang ada nasi).
Jumlah harga yang perlu di bayar adalah 34000won. Jajangmyeon 10000won,
yang paling murah antar ketiga-tiga makanan. Sedap juga



Dalam restoran Asian Cuisine ada tangga ke surau di bahagia atas.
 Lepas makan bolehlah terus ke surau.
Surau tu pula bersambung dengan Picture Book (macam library untuk kanak-kanak). 
Rekaan dalaman surau dan Picture Book amat menarik. 

Interior design yang menarik. Tiang yang ada kucing biru tu sebenarnya buku yang disusun berlapis-lapis


Jam 2.30 petang, kami menaiki feri semula untuk keluar dari Pulau Nami.
Kemudian, jam 3.30 petang kami terus ke Petite France (PT) dengan menaiki bas (guna tiket tadi). Perjalanan memakan masa hampir satu jam.
Runningman pernah buat penggambaran kat sini.
Drama Love From The Star buat penggambaran di PT. Drama ni aku tak tengok sangat, tengok sipi-sipi je.

Ada Little Prince


Dari Petite France, kami menaiki bas ke Garden of Morning Calm(GMC) (4.30 petang).
Kebetulan hari yang kami datang melawat taman ni tutup awal 30 minit.
Kami round yang mana sempat. Maklumat di bawah ni aku google:


* Spring: Spring Garden Festival
* Summer: Festival of Roses, Hydrangeas and Roses of Sharon
* Autumn: Festival of Chrysanthemums and Autumnal Tints
* Winter: Lighting Festival

Dalam GMC ni ada banyak taman-taman mini. Lain taman, lain sikit pokoknya.
Kalau kau pergi waktu siang, nampak lah bunga-bunga dan pokok-pokok yang banyak kat taman tu.
Kalau dah gelap, kau nampak lampu warna warni je la.
 Kebetulan banyak taman yang tutup pada hari kejadian.

Aku tak perasan ada amaran larangan kat tepi pokok tu, selamba aku peluk. Pernah tengok cerita Lovely Horribly. Ada scene yang buat penggambaran di sini.

6.30 petang, kami keluar dari taman. Tunggu bas di tempat letak bas.
 Senyap sunyi. Kami bertiga sahaja yang ada di situ
Seram jugak aku rasa
Agak lama kami tunggu sampai aku terbayang-bayang dah kami berjalan keluar dari tempat tu dalam cahaya yang samar-samar.
Datang 5 orang pelancong lain, mungkin dari China. Aku tak pasti. Kami tunggu bas bersama-sama. Tepat pada masanya pemandu bas tadi sampai.
Start enjin bas, bergerak keluar dari situ. Lega

Kami tidak bercadang untuk merayap pada sebelah malamnya.

Wednesday, December 12, 2018

Seoul, Korea : D2 PIV Namsan Tower

Namsan Tower (NT)

Pada sebelah malamnya pula, kami ke  Restoran Kampungku (lapar sangat-sangat).
Untuk ke restoran ni, naik subway kemudian turun di Myeongdong Station.
Berjalan lebih kurang 4 atau 5 minit sahaja dari station tadi ntuk sampai ke restoran ni.


Datang Korea, makan makanan melayu ahaks. Akhirnya perut kami diisi dengan nasi selepas seharian berjalan. Jumlah harga makanan kat atas tu 26000won

Lepas makan, kami meneruskan perjalanan walaupun dah melecet (
padahal baru hari kedua) menuju ke Namsan Tower,
lokasi popular bagi pelancong.

NT merupakan menara pemancar signal siaran untuk KBS,SBS, MBC dan banyak lagi rangkaian TV yang lain. 
Tau tak KBS tu ape? Tipulah kalau tak tahu kan... 
Tinggi NT lebih kurang 236m. Kalau nak sampai ke menara, kau boleh naik kereta kabel dengan bayaran 7000won (dewasa satu hala) atau 9500won (dewasan dua hala).
Kalau kanak-kanak, kurang 500won dari harga dewasa. 
Kalau tak nak naik kereta kabel, boleh berjalan kaki mendaki tangga yang banyak tak terkira. 


Penat yang amat mendaki tangga-tangga ni. Memang tak boleh nak lupa. Lembik lutut nak boleh ke sampai puncak


Kami mula mendaki naik ke Namsan Tower jam 6.30 petang.
Masa ni langit dah gelap macam malam
Kawasan tangga agak sunyi dan sedikit gelap.
 Tapi tak perlu risau sebab akan ada orang lain naik atau turun.
 Orang Korea siap berlari naik turun tangga huhuu..
Kami sampai ke puncak lebih kuran jam 7.30 malam. 
1 jam mendaki beb.
Pengalaman sekali dalam 32 tahun.
Kat Malaysia belum tentu buat..


Ni belum sampai lagi ke NT. Singgah sekejap. Penat. Tengok permandangan. Subhanallah cantik . Bangunan yang besar nampak macam mainan kecik

Namsan tower. Rasa nak melompat bila dah sampai. Terus tak lenguh kaki hahaha

Kami naik ke observatory deck, dengan bayaran 10000won setiap orang.
Lift attendant akan minta kau tengok atas.
Ada tayangan ala-ala simulasi kau naik ke tingkat paling atas.

Ramai juga orang. Pada setiap tingkap besar tu ada nama negara yang berbeza. Kau boleh cari Malaysia, posing la di situ.

Di deck, kau boleh nampak permandangan bandar Seoul.
Ada kedai cenderamata di situ
Kami beli fridge magnet 
Harga magnet di sini lebih kurang sama macam di pasar

Kami memang selalu bergaduh mulut. Jangan percaya gambar di atas
Love lock. Tak perlu kot aku terangkan
Kalau nak ke sini, tak perlu naik deck.
Kalau siang, cantik sikit gambarnya kot.




Penat berjalan, kami turun dengan menaiki kereta kabel.
Bayaran 7000won setiap orang, satu hala.
Padat betul masa dalam kereta kabel
Nak snap gambar agak susah

Kami berjalan semula ke subway, naik metro terus ke hotel


## Hari kedua di Seoul
1. Untuk metro (dah topap TMoney pada hari pertama)
2. Sewa hanbok 9000 won seorang jika ada kupon
3. Belum makan makanan seimbang. Hanya makan roti dan coklat T T
4. Tenaga untuk berjalan ++
5.  Bayar 12435won + 2000won untuk runningman
6. Makan di Kampungku 26000won untuk 3 orang
7. Namsan tower 10000won seorang
8. kereta kabel 7000won seorang.

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...