Monday, December 10, 2018

Seoul, Korea : D2 PII Gyeongbokgun Palace dan Gwanghwamun Gate

Gyeongbokgun Palace (GP) dan Gwanghwamun Gate (GG)

Untuk sampai ke GP, kau boleh naik metro kemudian turun di Gyeongbokgung Station.
Jalan kaki lagi senang sebenarnya sebab tak perlu turun naik tangga metro dan lebih menjimatkan TMoney hahaa.

Jalan punya jalan, akhirnya kami sampi di Hanboknam, kedai sewa hanbok.
Kami pilih kedai ni sebab ada kupon dari KTO.
 Banyak lagi kedai sewa lain yang ada.
DiHanboknam ada dua jenis hanbok iaitu tradisional dan bertema.
Hanbok boleh disewa selama 1.5jam, 2.5jam, 4 jam atau sehari terus
(makin lama makin mahal la kan).
Ada juga khidmat dandanan rambut, aksesori dan mekap
tapi kalau tak silap untuk hanbok bertema.

Boleh guna je Naver map untuk cari kedai Hnboknam ni. Sekeliling kedai ni banyak lagi kedai lain. Rajin-rajin la tengok.

Kami memilih hanbok tradisional jadi tiap seorang kena bayar 9000won selepas diskaun
(kupon dari KTO) untuk sewaan selama 2 jam 30 minit.
Kalau ada kupon, pilih yang bertema pun agak berbaloi sebenarnya hahaaa.
Staf akan bantu kau semasa memakai hanbok
. Jadi jangan risau kalau tak pandai pakai, bukan baju kebangsaan kita haaa.

Selepas lengkap berpakaian hanbok, kami terus ke GP dan GG (sebelah menyebelah je).
 Pada mulanya agak malu tapi bila tengok ramai pelancong lain pakai hanbok, buat selamba je la.


Mampu snap yang ni sahaja. Masa sampai, dh ramai orang berkumpul untuk menyaksikan upacara ni.
 
Kami sempat menyaksikan upacara pertukaran pegawai GG jam 10.00 pagi.
Semua pengawal mengenakan pakaian seragam dan senjata serta aksesori tradisional.
 Upacara ni berlangsung 3 kali sehari, aku tak ingat pukul berapa.

Ambil peluang bergambar dengan pengawal selepas upacara


Selepas selesai upacara, kami ke GP yang berada berhampiran dengan GG.
 Kalau nak msuk GP, kena bayar, aku tak pasti kat mana kaunter sebab kalau pakai hanbok boleh masuk GP free.
 Jadi memang tak ambil kisah sangat pasal kaunter duduk di mana hahaha..

Di hadapan gerbang masuk GP
Cer tengok, siapa paling menyerlah? Jadi sila pilih hanbok yang warnanya menyerlah ye... Satu lagi, kalau kau rase kau tu tinggi sila rendahkan badan semasa bergambar, kalau tak nampak tergantung.

GP merupakan istana utama pada zaman dinasti Joseon
Dibina pada tahun 1394 oleh Raja Taejo dan dinamakan oleh pegawai Jeong Do Jeon.
 Kemudian terus berkembang pada zaman pemerintahan Raja Sejong.
Musnah dalam kebakaran tetapi dibaik pulih di bawah pemerintahan Raja Myeongjong.
Musnah semula semasa kedatangan Jepun.
 Kalau nak tahu lagi sila rujuk sini sebab aku pun rujuk sini hahaa.
Kalau tak silap, kaunter tiket masuk di sini.

Bahagian dalam istana. Singgahsana raja

Memang tak dinafikan, GP mempunyai senibina yang cantik dan menarik
 Dari bumbung sampailah ke pintu, memang cantik.
boleh buat port bergambar.
Untuk kaki-kaki posing, sila pastikan fon bateri sentiasa ada
atau pun bawa powerbank sekali.

Mak tiri jahat cari anak tiri dengan dayang-dayang
Anak tiri menyorok tepi pintu

Mak tiri yang jahat dah jumpa anak tiri. Kena hukum cuci tandas.

Padan muka, siapa suruh lari. Kata mak tiri yang jahat. Sekian...

Kami berada di GP sehingga jam 12.15 tengah hari
Bergegas balik ke Hanboknam untuk pemulangan hanbok.
 Kalau lambat pulang ataupun berleku sebarang kerosakan pada hanbok yang disewa, bayaran tambahan dikenakan.




Setakat ni kami dah belanja 9000won untuk handok tradisional.
Guna TMoney yang sudah diisi dengan 50000won pada hari pertama
Makan bekal roti
Banyak berjalan kaki


No comments:

Post a Comment

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...