Monday, December 10, 2018

Seoul, Korea : D1 Misi mencari hotel

7.30  bertolak dari KLIA 2 ke Incheon International Airport (IIA). Jadi kami bermalam di KLIA2, untuk elakkan tertinggal plane. Perjalanan ambil masa lebih kurang 6 jam.

Sampai di IIA. Set fon atas lantai hahaha



Waktu di Korea cepat satu jam dari Malaysia (selepas ni aku guna waktu Korea).  Waktu solat blh rujuk Google atau mana-mana aplikasi yang ada. Musim sejuk ni, siangnya sekejap berbanding malam. Masa ni, pukul 5.30 petang sudah gelap gelita macam malam.

Plan asal hari pertama selepas saja kami sampi di Korea, kami terus ke hotel kemudian ke Namsan Tower pada sebelah malamnya. Tapi, kita merancang Allah menentukan. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan hahahaa.

topap TMoney 30000won guna mesin. TMoney ni guna untuk transport di Korea. TMoney kami dapat selepas berdafar di KTO (rujuk post sebelumnya)

Alkisah, lepas je mendarat, kami selesaikan urusan-urusan yang perlu. Ambil beg, topap TMoney. Mula la bergerak mencari hotel yang ditempah di Seoul, Seoul N Hotel yang kononnya berada di Dongdaemun. Check map, bukan hotel tapi hostel. Kami terus je ikut map. sampai je ke tempat yang dituju kami terus masuk hostel, jumpa dengan pekerja di kaunter. lepas tengok helaian A4 yang aku print tentang maklumat booking, dia bagitahu bukan hotel ni yang kami cari. Seoul N Hotel yang kami tempah lokasinya adalah di Sinseoldong. OMG. Una kata jauhhhh...  nak menangis mak uhuk.

Nasib baik bawak Una. Boleh cakap Korea. Pakcik ni tegur dulu sebab nampak kami macam sesat dengan tak pakai baju sejuk. Orang Korea (tua) lebih peramah tapi kurang fasih berbahasa Inggeris. Kalau yang muda, kita kena tegur dulu, lepas tegur boleh tahan la peramahnya.

Dari langit cerah lebih kurang pukul 4 petang, sampailah gelap kami belum jumpa hotel di Sinseoldong. Tanya 4, 5 orang pakcik teksi...2,3 orang pakcik Korea.. semua tak tahu mana duduknya hotel ni. Letih dah kaki tangan berjalan bawak bagasi. Naik turun tangga subway, keluar masuk subway, melintas jalan sana sini. T T. Dekat 5 jam jugak mencari. 




 Perjalanan ke hotel. Gambar diambil pada hari-hari berikutnya. Pada hari kejadian, tak sempat nak snap.

Hampir nak putus asa dah masa tu. Una tanya seorang pekerja kedai serbaneka. Tapi dia tak tahu hotel tu dimana. Dia rujuk map yang kami guna dan tunjuk arah berdasarkan map tersebut. Kami terus berjalan mengikut arah yang ditunjukkan. Alhamdulillah jumpa. Rasa nak melompat-lompat kat situ jugak. Nak marah pun ada, tapi lepas check in tak jadi nak marah sebab keadaan hotel sangat memuaskan, pekerja agak friendly, privasi terjaga. Jam 9 malam baru dapat merehatkan kaki. 5 jam misi mencari hotel 



Menu malam pertama di Seoul. Sedap pulak rasa Maggi kembang. Lapar punya pasal.

Plan asal kena tukar. Kami tak jadi ke Namsan Tower sebelah malamnya. Rehat sahaja di bilik. Makan-makan dan seterika tudung (pinjam dengan hotel). Tidur lena.


No comments:

Post a Comment

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...