Thursday, December 13, 2018

Seoul, Korea : D3 Pulau Nami, Petite France, Garden of Morning Calm

Hari ke 3, kami ke Pulau Nami yang tekenal dengan sopt bergambar berlatarbelakangkan pokok-pokok tinggi. Pernah tengok Winter Sonata. Aku tak pernah hahaha. Drama tu menjalankan penggambaran di Pulau Nami. Siap buat patung lagi tu.

Dari hotel, (7.00 pagi)kami menaiki metro dan turun di Yongsan Station. 
Kemudian jam 7.20 pagi menaiki ITX (17700won, tapi aku tak ingat ni untuk seorang atau bertiga) untuk ke Gapyeong station.


Di Gapyeong, ada ahjushi (pekerja tour bus)  akan bagi penerangan tentang jadual bas dan melayan pertanyaan pelancong sementara menunggu bas sampai.
 Dia akan ikut naik bas sekali ya.
Masa kami sampai, suhu di sana -3 darjah. Menusuk tulang sejuknya.

Sejuk yang amat

Tiket tour bus boleh dibeli secara tunai atau menggunakan TMoney.
Beli tiket dalam bas ye. Aku tak ingat harga.
Tiket perlu disimpan kerana boleh digunakan sebanyak mana yang kau nak untuk satu hari.
Kalau hilang, kena beli semula.

Turun bas, tapi aku tak ingat kat mana... boleh naik feri untuk ke Pulau Nami.
Nak best lagi, kau boleh ke Nami guna zipwire.
Tapi bayarannya juga best lah kan. Harga tiket feri 13000won seorang (dewasa)

Peta ahjushi tadi bagi. Boleh rujuk peta Nami tu untuk meronda-ronda

Kami sampai ke Pulau Nami lebih kurang jam 9.50 pagi.
Agak ramai pelancong yang datang pada waktu ni.
Ni belum turun saji, mungi masa bersalji lagi ramai orang.
Pulau Nami terletak di tangah sungai Han dan berbentuk separa bulatan.
Nama pulau ni diambil sempena nama seorang jeneral zaman dahulu, jeneral Nami

Four pillars to heaven

Ke Pulau Nami naik feri. Sebelun naik feri, bergambar dulu dekat buku gergasi.

Kalau kau google tentang naminara, pulau ni, akan ada artikel yang mengatakan di sini ada taman yang bertema. Tapi kenapa aku macam tak perasan hahaaa. 
Yang aku perasan ada Langkami. Langkami adalah gabungan nama Langkawi dan Nami.
Pada tahun 2013, di pulau ini telah diadakan event yang melibatkan muzik, makanan dan puppet show Malaysia. Jadi, taman ni dibina sempena event tu. Aku tak snap gambar.

Patung winter sonata. Beratur orang nak bergambar kat situ.

Disebabkan belum makan dari pagi, kami singgah di Asian Cuisine.

Kami memilih makanan ala Korea, jjampong, jajangmyeon dan satu lagi aku tak ingat (yang ada nasi).
Jumlah harga yang perlu di bayar adalah 34000won. Jajangmyeon 10000won,
yang paling murah antar ketiga-tiga makanan. Sedap juga



Dalam restoran Asian Cuisine ada tangga ke surau di bahagia atas.
 Lepas makan bolehlah terus ke surau.
Surau tu pula bersambung dengan Picture Book (macam library untuk kanak-kanak). 
Rekaan dalaman surau dan Picture Book amat menarik. 

Interior design yang menarik. Tiang yang ada kucing biru tu sebenarnya buku yang disusun berlapis-lapis


Jam 2.30 petang, kami menaiki feri semula untuk keluar dari Pulau Nami.
Kemudian, jam 3.30 petang kami terus ke Petite France (PT) dengan menaiki bas (guna tiket tadi). Perjalanan memakan masa hampir satu jam.
Runningman pernah buat penggambaran kat sini.
Drama Love From The Star buat penggambaran di PT. Drama ni aku tak tengok sangat, tengok sipi-sipi je.

Ada Little Prince


Dari Petite France, kami menaiki bas ke Garden of Morning Calm(GMC) (4.30 petang).
Kebetulan hari yang kami datang melawat taman ni tutup awal 30 minit.
Kami round yang mana sempat. Maklumat di bawah ni aku google:


* Spring: Spring Garden Festival
* Summer: Festival of Roses, Hydrangeas and Roses of Sharon
* Autumn: Festival of Chrysanthemums and Autumnal Tints
* Winter: Lighting Festival

Dalam GMC ni ada banyak taman-taman mini. Lain taman, lain sikit pokoknya.
Kalau kau pergi waktu siang, nampak lah bunga-bunga dan pokok-pokok yang banyak kat taman tu.
Kalau dah gelap, kau nampak lampu warna warni je la.
 Kebetulan banyak taman yang tutup pada hari kejadian.

Aku tak perasan ada amaran larangan kat tepi pokok tu, selamba aku peluk. Pernah tengok cerita Lovely Horribly. Ada scene yang buat penggambaran di sini.

6.30 petang, kami keluar dari taman. Tunggu bas di tempat letak bas.
 Senyap sunyi. Kami bertiga sahaja yang ada di situ
Seram jugak aku rasa
Agak lama kami tunggu sampai aku terbayang-bayang dah kami berjalan keluar dari tempat tu dalam cahaya yang samar-samar.
Datang 5 orang pelancong lain, mungkin dari China. Aku tak pasti. Kami tunggu bas bersama-sama. Tepat pada masanya pemandu bas tadi sampai.
Start enjin bas, bergerak keluar dari situ. Lega

Kami tidak bercadang untuk merayap pada sebelah malamnya.

No comments:

Post a Comment

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...