Tuesday, December 11, 2018

Seoul, Korea : D2 PIII Gwanghwamun Square


Selepas urusan memulangkan hanbok (1.00 petang), kami berjalan lagi kali ini mencari Gwanghwamun Square.
Tak sampai 30 minit, kami sampai ke destinasi.
Macam biasa, kami menggnakan aplikasi Naver map (muatturun dari GooglePlay).

Arca yang diperbuat daripada barangan terpakai (besen, periuk, kuali dsb)

GS yang  juga dikenali sebagai Gwanghwamun Plaza merupakan kawasan terbuka yang menempatkan tugu Raja Sejong dan Admiral Yi Sun Sin.

Tugu Raja Sejong. Berdasarkan pembacaan, Raja Sejong banyak sumbangan terhadap perkembangan di Korea satu masa dahulu. Raja Sejong ni juga telah menutup masjid di korea pada zamannya dan menarik kembali hak istimewa orang muslim di Korea emmm...

Tugu Laksamana Yi Sun Sin yang dikatakan hebat dalam peperangan menentang Jepun.

 Yang menarik di kawasan ini adalah pokok hiasannya. Kobis beb. Cantik-cantik.





Runningman Games

Bagi peminat siri Runningman, boleh mencuba game runningman di SM Duty Free Shop, HANA Building. Kau cari bangunan ni dalam naver map
Tiket asal 16000won.
Kami menggunakan baucar dari traveloka jadi hanya perlu membayar 12435won sahaja
(kalau duit RM ni kira mahal jugak la huhu).

Bila nampak je patung biru tu, maknanya kau dah sampai ke lokasi. Kat tepi patung tu ada tangga turun ke aras bawah.

Barang-barang termasuk jaket perlu disimpan dalam loker berbayar,
 2000won untuk loker bersaiz besar, muat beg serta jaket kami bertiga.
Setiap orang dapat warna berbeza, aku hijau.
Kira macam bertanding antara satu sama lain untuk dapatkan markah tertinggi.
Sijil akan diberikan kepada sesiapa yang dapat mengatasi 80 markah (kalau tak silap)
dalam masa 1 jam. Cuba teka siapa dapat sijil hahahaa.




Sesat jugak kami bila masuk dalam bilik cermin ni. Dok ulang alik kawasan ni je


Misi mencari R


spider web




Kami selesai lebih kurang jam 4.30 petang.
 Banyak ambil gambar daripada bermain hahahaa. memang tak dapat sijil la nak oii..



Di sini kami belanja :
 12435won + 2000won untuk runningman
TMoney yang sudah diisi dengan 50000won semalam
Makan roti sahaja

No comments:

Post a Comment

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...