Thursday, December 13, 2018

Seoul, Korea : D4 Shopping + Itaewon food hunting + Dongdaemun design plaza

Last day di Seoul, kami ke 3 buah market untuk membeli kain cotton dan sourvenir iaitu Gwangjang Market, Namdaemun Market dan Myeongdong Market. Macam hari-hari sebelumnya, kami banyak berjalan dan hanya alas perut dengan memakan roti sahaja.

Gwangjang market.
Naik metro turun di Jongno-5-ga Sation dan cari exit 8.
Banyak barang yang dijual termasuk makanan.
Fokus kami adalah kain cotton. Nak borong untuk family. Banyak kain cotton yang dah siap dipotong 4m dengan harga 10000won (RM30++).
 Kalau nasib baik jumpa yang 5m dengan harga yang sama

Antara barangan yang dijual. Comel pualk hanbok merah tu.

Cer tengok kain kat belakang, banyakkan. Selain kedai ni, banyak lagi kedai lain yang menjual kain cotton (harga lebih kurang sama). Pakcik ni agak peramah. Lagi-lagi kalau kau bawa kawan yang boleh skpeaking Korea hahaa. Kedai sebelah dia jual lace. Aku beli semeter je, konon nak jahit kat tangan blouse.

Namdaemun market
Kalau kau naik metro, untuk sampi ke sini perlu turun di Hoehyeon Station dan cari exit 5.
Memang banyak barang yang dijual di tepi-tepi jalan.
Untuk rakan sekerja dan anak murid, aku memborong pengetip kuku comel-comel
(yang besar 7000won, kecil 50000won). Ini je mampu hahaaa...
Tshirt 'I love Korea' di sini berharga 4000won.
Jangan pulak beli di airport. Harga  berganda-ganda.

Kedai ni paling murah yang kami jumpa. Ahjumma ni boleh cakap Bahasa Melayu sikit-sikit. Rambut putih, paras bahu. Tak snap pulak gambar dia, sibuk tengok barang.

Myeongdong market
Kalau nak cari skincare, cari di sini. Tapi pandai-pandai pilih la ya.
Pilih yang kau biasa dengar dan yang tak was-was kandungannya.
Buat research dahulu sebelum ke sini.
Aku follow Si Laili tu je kihkih.

Kami memborong masker di Myeongdong market. Beli satu percuma satu. Satu paket ada yang 30pcs, ada yang 50 pcs yang lagi banyak pun ada. Kalau beli dapat percuma satu lagi paket dengan jumlah yang sama.

Selesai shopping, kami kembali ke hotel. Nak hantar barang dan solat.
Makan tengah hari??... Lepas shopping, kami cari makanan di Itaewon.


Itaewon Food Hunting 

Untuk ke Itaewon, naik metro turun di Itaewon Station. Di subway, cari exit 2.
Ada banyak restoran halal di sini. Ada Seoul Central Mosque jugak.
Di sini, kami pergi ke banyak restoran untuk merasa makanan-makanan halal di sana.
Beli satu makanan, kongsi bertiga.
Semua makanan di bawah kami makan hari yang sama ye..
Memang hari ni kami kekenyangan. Almaklum, dah lama makan roti atau maggi sahaja.

The Halal Guys. Kami order Secret fries (ada sayur , kentang dan mayonis yang sedap) 7500won dan sekeping baklava yang berharga 4000won. Lama dah teringin makan baklava. Manis sangat huhu

Mr Kebab. Kami makan Mix Pilaf Kebab ( nasi, salad, ayam dan kamibing) 10900won dan Turkish ice cream 5000won. Mayonis di Halal Guys lagi sedap.


Restoran Dubai. Interior agak ekslusif. Kami makan nasi 4000won dan beef curry 12500won. Rasa sedikit macam nasi dagang. Lapar semula bila bau kari dia.

Hari pun semakin gelap. Kami berjalan mencari masjid di sana.
 Di sepanjang jalan ke masjid, ada banyak lagi kedai makan lain.
Selepas ke masjid, kami meronda mencari makanan lagi hahaaa.

Restoran Makan. Kami order  2 jenis ayam, Sweet and Spicy Crunchy Fried Chicken dan Fried Chicken With Soy and Garlic. 10000won setiap satu. Sedap tapi kami dah tak larat nak makan jadi separuh makan di situ searuh bawak balik hotel. Sampai balik Malaysia teringat. Boleh try buat sendiri nanti

Siti Sarah. Konon dah kenyang tadi last-last singgah jugak.  Makan nasi goreng di sini. Sedap jugak. Harga 11000won. Tukang masak dari Indonesia. Kat bawah kaca atas meja makan ada banyak duit bermesej dari pelbagai negara. Kami join sekalilah.


Kalau dapat cari hotel di Itaewon, tiap hari boleh rasa makanan halal berbeza.
Hotel kami terlalu jauh dari sini.
Susah nak cari yang halal berhampiran dengan hotel kami
Jadi, kami bawa bekal roti

Dongdaemun Design Plaza (DDP)


Ros LED. Jangan panjat atau berdiri atas tembok ye, nanti guard halau

Balik ke hotel, kami mengemas bagasi sebab esok nak bertolak ke Busan pula. Sebelum tidur, sambung makan ayam yang kami bungkus tadi

No comments:

Post a Comment

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...