Saturday, October 29, 2011

Cekodok.com

kalau makan panas-panan time tengah hujan sangat best.
nama laman sesawang memang best. sila tengok isinya....

contoh plan pemakanan
[klik pd tulisan di atas]


p/s : ...

Lalu berdiri bulu tengkukku...

tahun ni tahun aku explore jalan. setakat ni baru sampai area Skudai, Mentakab dan area-area berhampiran. tak lupa Bukit Fraser. baru-naru ni pula ke Muar [bawa budak Biologi ke seminar selaku driver sekolah tak bertauliah]

sementara menunggu SMKTG sampai, kami stop di Petronas. tetiba muncul cerita pasal BF. Pok Su aka driver sekolah bertauliah mula bukak cerita lepas tahu aku n member ke BF minggu sebelumnya.

" hati-hati sikit kalau nak ke sana. pernah jugak kene. mase tu bawa pengetua-pengetua ke mesyuarat. sampai sana malam. maalas nak tunggu, so balik malam tu jugak. tapi pengetua bagitau tak payah sbb dah malam. balik la jugak. "

" dalam perjalanan balik. nak turun. dekat jalan one way...."

bulu tengkuk kami dah start naik

" hujan lebat tapi cerah siap ada matahari lagi. mmg lebat. tetibe van rosak. try start tak boleh. panggil pomen, tak sanggup nak naik... panggil tolak, tak sanggup jugak... tapi terase nak buang air pulak. cari punya cari, jumpa rumah buruk. tengah rumah tu ade pokok besar. buang la... dalam rumah tu jugak kene.. perut bengkak. sakit tak payah cerita"

bulu tengkuk tetap gah berdiri

" balik ke van tengah sakit2 tu... try repair.. rupanya tali putus [tak igt tali ape].. cari dawai, sambung .. nasib baik ok.. trus bawak van ke kampung kat T.... berubat dengan ayoh. banyak kali dah kene sbb balik sorang-sorang sokmo"

nasib baik dengar cerita LEPAS kitorang balik dr BF....


p/s: .....

Friday, October 21, 2011

Induksi dan Si Psiko 2D


alhamdullillah
selesai kursus induksi di fraser hill. mmg mencabar perjalanan. bertolak 2 pagi dr rumah, jam 4.30 tunggu member di gambang,kuantan. stop di temerloh sekejap, then terus ke final destination. dalam jam 9.30 pagi melalui jalan yg kaya dengan selekoh sempit.

18hb 10 : selesai daftar, hantar tugasan individu terus ada slot 1. Struktur organisasi KPM. petang rehat. ,alam bincang tugasan kumpulan.

19hb : pagi sampai jam 7 ada 4 slot +rehat sekejap. penat duduk.huhu
slot 2 : peraturan dan perundangan sekolah
slot 3 : wawasan komuniti dan dasar pendidikan
slot 4 : akauntabiliti dan refleksi
slot 5 :emotional quotient

kesimpulan penceramah best-best belaka. jarang jugak rasa mengantuk...best3

malam perbentangan kumpulan. sorang2 cakap macam roket. nak cepat. boleh balik bilik cepat, boleh stady cepat sbb besoknye exam

20hb : exam start. kertas 1 no komen. kertas 2 jawab 4 soalan (2 soalan bahagian 1, 2 soalan bahagian 2).

tajuk2: nilai ketua organisasi dan cara elakkan sikap pilih kasih ketua, cuti haji, manual prosedur kerja + fail meja, mesyuarat... yg lain tak ingat


permandangan dari luar lobi

udara best. susah nak dapat kat bawah. tapi takde tempat nak berjalan. so no more picture!!

___________________________________________

so esoknya aku tak dapat cuti. sedey T_T
datang sekolah macam biasa. rupanya dah tukar jadual anjal. banyak pulak tu kelas. nak minum pun tak sempat sbb banyak hal kena setel

3 masa dengan kelas 2D. dorang ok je, tak bising tapi tak ada respon. terpekik terlolong aku dalam kelas. takde respon.. nasib baik setiap kali aku bagi salam, diorang jawab, termasuklah budak2 Cina....

tetiba, ternampak sorg budak lukis sesuatu atas lengan kiri die.. sambil beberapa orang kawan sekeliling dia tengok2... lama jugak aku perhati.. eh, ape tu... pen merah ke??

Woi! ekau toreh tangan ekau kenapa.... bagi pisau tu pada saya!!!




senjata berkenaan.


p/s : sedikit semangat masuk kelas. hari ni 2A dan 2D berkelakuan lebih baik daripada biasa. adakah sbb dah lama cikgunya tak masuk kelas...

Wednesday, October 12, 2011

Emo 3


Link
emo meng'emo' dah jadi macam hobi skrg
rase nak cekik kasi mampus pon ada.
kau buat taik, kau nak salahkan aku
amboi banyak cantik!!

dah la muka tak berapa nak hensem, malas pulak tu, pakej skali dengan gedik, geletat, kurang makan asam dsb..

tak pasal2 aku dah langgar perjanjian dengan diri sendiri!!!
stress


p/s: orang kate budak kurang ajar sebab cikgu tak pandai ajar... yela..yela... aku tak pandai ajar. tolong ajarkan kelas aku. aku nak tido dekat bilik guru, makan gaji takde mate...

Monday, October 10, 2011

Time tengah

time tengah tadak duit, banyak duit kene guna
time tengah lapo tadak makanan
time tengah maleh, keje banyok
time tengah suka-suka, ade org emosi
time tengah rehat, ade meeting
time tengah ngajo, ade budak buat taik
time tengah bawak kerete, ade jam
time tengah makan, nak berak
time tengah berangan ade orang kacao

tapi yang paling penting skrg

time nak guna printer, tadak printer yang avaiable


Friday, October 7, 2011

OZ SHOW 2

OBESITI

BMI >40 = morbid @ kebarangkalian mati tinggi

mesti ada SUPPORT dr org sekeliling
step 1= telur putih 6 biji (kenyang lebih lama)
step 2= sayuran 2 @3 kali ganda (kurangkan karbohidrat)
step 3= bersenam




LIDAH

ulser = when stress
tompok putih = ada bakteria di bawahnya

bersihkan lidah dengan berus untuk singkirkan bakteria dan plak




HANDBAG HAZARDS

max berat handbag= 15 paun atau 10% berat badan

beg silang lebih selamat dan kurangkan sakit tengkuk dan sakit belakang






Thursday, October 6, 2011

ter'sumpah'

hari ni mulut sendiri macam celabai
keluar perkataan bombastic sokmo
sorry




masuk kelas kedua, situasi sama
'saya dah pandai, kamu yg b**** lagi'
sigh..


p/s: berusaha memperbaik diri. so, tolong support ye budak-budak nakal...

Wednesday, October 5, 2011

Budak-budak 1E

budak-budak 1E kalo bab belajar, kene tengok mood
time nak belajar, hatiku bebunga-bunga. rase tak nak keluar dari kelas. 80 minit rase macam sekejap je.... aman damai. kalo ditanya, jawab bersungguh. bagi kerja, dibuatnye....
suka3...

budak-budak 1E kalo bab belajar, kene tengok mood
time malas die datang, hatiku berbara-bara. rase nak cepat-cepat je keluar dari tongkang pecah. 80 minit rase macam arghhhhhh.... geram gile. kalo ditanya, pot pet.pot.pet... bukannye menjawab, berborak. bagi kerja, tak sampai 5 minit, kertas da jadi kapal terbang....
grrrrr....

mood dorg hari ini : 50-50

Saturday, October 1, 2011

Retak menanti pecah

ini bukan kristal
ini kaca cermin kereta beb..
TT_TT




nasib baik bukan cermin depan
time ni baru je dekat Jemaluang
balik dari Johor
TT_TT



nasib baik jugak bukan cermin sebelah pemandu
TT_TT



sedih huhuu
TT_TT
baik aku layan spagetti Cik Reen buat



p/s:weekend yang best. ke weding Emy then balik semula ke UTM terchinta. jumpa jurulatih, ambil watikah, then bermalam di Kulai aka rumah sewa Cik Reen... thank you

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...