Pages

Friday, January 20, 2012

Jom naik bas..!!??!!

jalan memang sesak dengan mesin bergerak. macam-macam warna, macam jenis.
tukang pandu pula macam-macam perangai...

Bas. mesin wajib masa nak balik ke U. naik bas sangat best. lagi-lagi kalau dapat seat seorang [sangat kera sumbang] plus makanan yang banyak. naik, duduk, tengok luar tingkap, makan, tidur main handphone then sampai U. sangat nyaman. tak perlu susah-susah nak ingat jalan.

hari ni, aku sukarela ambil adik di kuantan naik CCN. CCN bukan sebuah bas, hanya sebuah kereta kontot yang setia berkhidmat kepada tuannya yang malas memandikannya.

dalam perjalanan balik ke rumah, aku tengok cermin pandang belakang. ada bas warna emas bertulisan maroon. fulamakatak, laju beb. mula-mula nampak hanya sebesar ibu jari. tak sampai seminit, dah ada dekat dengan belakang. So, aku bereksperimen dengan tujuan nak tahu berapa kelajuan bas emas maroon tersebut....

lebih 110 km sejam beb!!! apa kau tak sayang nyawa?? kalau tak sayang nyawa sendiri, ingat lah nyawa-nyawa yang kau bawa!!!

nasib baik gambar yang disnap belum ditransfer... huh!! sangat marah ni.

~PANDU CERMAT JIWA SELAMAT~

p/s : makin tak berani naik bas.

No comments: