Sunday, January 22, 2012

Orkid

cara menanam orkid [dipetik dari wannura]

penanaman orkid memerlukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya. Masa kecik2 dulu selalu nampak abah tanam guna 2 benda alah ni:

1. pecahan batu bata (tak pasti batu bata ke pasu pecah). batu bata hendaklah direndam dalam racun kulat semalaman, kemudia angkat dan keringkan. pecahan batu paling besar diletakkan di bawah, dan diikuti dengan pecahan yang lebih kecil. Jangan timbus pangkal orkid dengan media. gunakan pancang kayu kalau nak orkid tadi tegak

2. pecahan arang. biasanya digunakan bersama pecahan batu. arang direndam semalaman untuk membuang garam, kemudian siram untuk membuang sisa garam yang tinggal. pecahan paling besar di bawah dan diikuti dengan pecahan yang lebih kecil.


6 pasu orkid yang dibeli di pekan sari

baru beli tadi


dibeli minggu lepas.

penjual datang dari Batu Pahat. baru nampak gerai orkid minggu lepas. harga pasu kecik ni RM10 untuk 3 pasu


Cara penjagaan orkid

ROOT GOOD, GROWTH GOOD, FLOWER GOOD

Penyiraman. jangan siram kalau ragu-ragu nak siram!! [owh, ye ke]. takut nanti orkid datang penyakit pulak. ada beberapa faktor mempengaruhi kadar siraman

1. cuaca
2. media
3. iklim mikro [pekebende??] iklim kawasan penanaman. sebaiknya siram pagi atau petang sahaja.
4. pengudaraan
5. pembajaan

WEAKLY, WEEKLY!!

panduan pilih baja. sila baca di sini.


~pasu yang kecik ni kena letak di tempat yang teduh. belum tahan lasak. bila dah besar sikit baru boleh letak kat tempat panas~


kawalan penyakit dan perosak orkid. [virus, bakteria, kulat]

1. virus :perlu ujian makmal. kalau nak elak, jaga kebersihan kawasan. musnahkan pokok yang dijangkiti.

2. bakteria. simptom2 adalah reput di mana-mana bahagian pokok dan bau busuk mungkin kerana terlalu lembab dan pengudaraan yang tak baik. antaranya reput bakteria iaitu bintik coklat berair pada daun. yang kedua reput daun iaitu bintik berair pada daun, daun kuning dan gugur. buang bahagian yang terjangkit. sembur racun kulat.

3. kulat. lambat dan tak berbau busuk. tempat terlalu lembab dan pengudaraan tak bagus. cara elak sama macam bakteria.

yang warna putih panjang tu adalah baja subur. potong separuh kemudian cucuk dalam pasu. tahan untuk seminggu. dicadangkan oleh penjual. RM5 sepaket.


yang pink ni baja bunga. bila dah besar baru bagi baja bunga.

No comments:

Post a Comment

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...