Friday, November 29, 2013

Flash : The Basic




disebabkan bukak SPPBS tak boleh, tak de mood nak FROG
buka Flash hahaah
kena belajar semula..

hari ni asas je
lukis + warna

 
character dilukis semula guna Flash

hasil selepas character digabung dengan background gambar sebenar..

Thursday, November 28, 2013

Rehat vs Adab makan & minum


<iframe width="480" height="360" src="//www.youtube.com/embed/fElmtsu78rQ?rel=0" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
video tak boleh nak embed. klik pd gambar untuk video


pukul 9.30 mmg masa yg ditunggu oleh murid-murid menengah rendah
Rehat
sirem berbunyi [bukan loceng]
berpusu-pusu ke di kantin dan koperasi
beli itu ini
purata satu tingkatan +- 170 orang
rehat 20 minit
di pondok-pondok, dalam kelas, bawah pokok
sambil berjalan terkedek-kedek....
tetiba terasa diri ni zalim

Monday, October 28, 2013

taat vs intelek



"menghasilkan pasukan yang taat setia tetapi mengabaikan pembinaan pasukan yang intelek"

Saturday, October 26, 2013

Abamku sayam


" Kenapa abang buat macam ni? Kenapa ? "

"                                                                                                    "


" Jangan diam abamku sayam. Jangan seksa jiwa raga sayam "

"                                                                                                     "

" Sayam tahu sayam lambat, buat kerja slow. Tapi sayam dah cuba setiap bulan, sayam masuk tekan klik sikit-sikit. Tinggal sikit je lagi abam. Tolong la faham.. "

"                                                                    "

" Abam tak sayam sayam ke?? "

"                                                                                                        "


" Kita clash!!!! "


p/s : lepas buat PBS key in awal tahun , lepas siap key in... tengah tahun... akhir tahun punya macam mane... tak payah key in ke..huh

Friday, October 18, 2013

Stu ayam

 Bahan-bahan

ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar kicap
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar sos tomato
1 kiub pati ayam
air
tomato+lobak+kentang
1 sudu besar tepung jagung
garam + gula+minyak

[sebenarnye ikut suke hati je masuk brape banyak huhu] 

Cara
  1. tumis bawang besar, bawang putih, halia
  2. tambah semua sos
  3. tambah ayam. Gaul. tambah air kalau perlu. Biar sampai ayam masak
  4. Tambah air, pati ayam, kentang, lobak. Biar sampai empuk
  5. tambah tomato, bancuhan tepung dan perasa
  6. Kacau
  7. Siap

p/s: campur je bahan yang ade dalam peti... sos ikut suke hati je nak masuk sos ape. tepung jagung xde, so letak telur hehehe


  

 agak2 berapa kalori yek??

Thursday, October 17, 2013

'Marbleria' mini cupcake

Bahan-bahan

2 cawan tepung
1 1/2 cawan gula kastor
375g coklat masakan
250g planta
4 biji telur
esen vanila

  1. double boil coklat masakan dan planta. tak perlu tunggu sehingga sejuk untuk step 2
  2. gula dimasukkan ke dalam coklat+planta tadi. pukul sehingga sebati
  3.  tambah telur. pukul
  4. tambah tepung. pukul
  5. masukkan ke dalam acuan yang diingini
  6. bakar 20 - 25 minit pada suhu 180 darjah

7. hias ikut cita rasa.


p/s: name mini cupcake diberi oleh budak 8 tahun huhu

Tuesday, October 8, 2013

Cikgu, ingat nama saya ye...

budak sekolah zaman sekarang, macam-macam ada.... very the colourful lah. asyik dengar yang kebaboom negatif je pasal budak sekolah. dulu pun ade cuma tak banyak kot.. 
tak mau cerita pasal -ve....

ada calon PMR 2013 minta tolong tandakan kertas 1 sains die tadi... nak tau berapa yang die boleh dapat katenye.. terserempak masa sekumpulan calon balik dari surau. seronok cerita dengan aku pasal sains semalam punya exam.. senang katenya, tapi kertas 1 susah 
[tak de la susah sangat kot.... mesti cg kurang tekan kertas 1 huhu].  

"transformer masuk cg" 
"ade soalan pasal perempuan... ikat ape ntah"
"kertas 1 susah cg"
"takpe cg, sy dah google td"   yg ni aku x paham. lantak kau le.


kertas si Muhammad minta tlg tanda.. just ajar die 2 mggu sblm exam.
"cg ingat nama sy ye.. Muhammad"

ade satu perasaan yang best bila anak murid jumpa kita n ngadu ttg ape2 je terutamanya psl study.

terkilan jugak sebelum dorang exam tak sempat nak jumpa. kena pergi CPD..
anyway, tak kisah la ape, yang penting dah usaha, dah doa, dah jawab, think positif.
x kesah ape result yg dapat, sbb tu rezeki Allah bagi..


p/s: masa di U dulu terfikir mcm mn aku nak selesakan diri dgn kerja cikgu ni.. tak pernah terfikir nak jd cg sebenarnya... tp skrg dah mula sayang kerja ni tp kerja selalu +ve n ikhlas... kadang2 muncul jugak rase tak best haha

Thursday, April 25, 2013

aku nak g khemah ke hangpa!!!

8 kali janji
2 kali sekor pon xdok
3 kali kawad kene p turut
hambat dengan kete

sabar lagi

kali ni 

3 ekor je ade 
tu pun dah tunggu dekat 30 minit cam tunggui kayu
"ala cikgu, g la panggil dorang"
amboi100x



penampaq sebijik kang baru tau

esok2, kawad la ekau sorang2

deshummmmm!!!

Wednesday, March 20, 2013

CD rosak

bersemangat balik dari sekolah nak pergi beli CD untuk burn majalah sekolah. kerja baru untuk tahun ni walaupun ni sebenarnye kerja majalah tahun lepas. tak kisah la. yang positifnya, dapat tahu kena buat ape untuk majalah tahun ni.


dihantar balik dengan lambaian budak-budak tingkatan empat selaku anak didik sains dan sejarah tahun lepas.

pecut, terus ke kedai komputer. niat nak beli CD dari kedai kaum sendiri. jadi beli 50 keping CD @ RM35 ringgit harganya. balik rumah terus burn CD.

CD pertama  fail @ error
CD kedua  fail @ error
CD ketiga  fail @ error
CD keempat  fail @ error
CD kelima fail @ error
 
cuba check kesemua CD yang gagal diburn
 
kosong, kosong...ongggg
 
tak boleh jadi. pergi semula kedai nak mintak semula duit.  BJK (budak jaga kedai) cuba burn satu CD. tak boleh burn

semua tak boleh ke kak.
saya cuba 5 keping semua tak boleh
akak balik, cuba semua dulu.kalau tak boleh, kami ganti dengan yang lagi satu.
kena cuba semua?? 50 keping ni??
ya, kalau tak boleh kami ganti
kalau yang baru tak boleh jugak?? [yang baru jenis sama]
nanti saya bagitau bos la...



Friday, March 15, 2013

Moh nande keteh

 musim exam dah tiba
 cikgu-cikgi sibuk menanda
bila ramai 'A' terasa bahagia (tak boleh bangga nanti blh jadi riak)
bila ramai GAGAL, cikgu garu kepala
aku salah ka?
aku tak pernah ajar ka?
apa aku nak jawab bila post motem ha?
memang stress la...

tapi

apa perasaan anda
kalau anda jumpa
kertas macam bawah ni ha??


 1. yang ni biasa dah jumpa... kita manusia, mmg selalu lupa... tapi kena jugak usaha



 2. yang ni kira biasa juga... mungkin mereka ingat cikgu pernah kata "jangan tinggal tempat kosong. kalau boleh isi jawapan"..... tapi, ni kira jawapan ke??





3. kategori biasa jugak... idea ada tapi tak terluah oleh kata-kata.
 


4. mula-mula nampak gambar, rasa panas la jugak. haiyo... time exam igt makwe. tapi bila terbaca ayat-ayat chinte yang cuba dipadam kononnye, nak terguling2 jugak.. yang pasti kesalahan ejaan banyak..

"cinta palin sewet....
salin memahami
bila bergaduh ada yg mengalah
bila merajuk ada yg memujuk
bl curang kena terajang"


5. yang ni kali pertama jumpa. gambar seorang cikgu perempuan berbaju bunga-bunga dan berkaca mata. cuba baca tanda nama....

"asken"


~ tak tau nak kata apa ~

Aiskrim Pisang 3 Bahan

Resepi khas untuk hantu aiskrim Ambil dari resepi di FB Wajib ada dalam peti Mudah, jimat, sihat Tiada sukatan khas Aku tambah ku...